|         Langgan RSS

5.3.10

6 Kemelut 40 Tahun Berakhir...

Bookmark and Share
Lawatan kerja ke stesen MARDI Jalan Kebun bagi melihat sendiri kemudahan makmal tisu kultur yang membangunkan pengeluaran biji benih berkualiti tinggi dan bahan tanaman sayur-sayuran juga buah-buahan.


Penyampaian sijil pengesahan penerimaan tawaran jual beli tanah MARDI.

Alang-alang sampai ke Jalan Kebun,saya dan rombongan bersama-sama dengan Pengerusi MPPP Kota Raja merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,Ir.Kamaruzaman Johari melawat rumah mangsa banjir kilat baru-baru ini.
Alhamdulillah...akhirnya..kemelut selama 40 tahun,136 orang peneroka Kg.Sri Nadi, Johan Setia sudah boleh menarik nafas lega.

Bukanlah nak mendabik dada...tapi saya sendiri merasa lega dan gembira apabila masalah milikan tanah yang diduduki peneroka selama lebih 40 tahun selesai apabila saya bersetuju dengan tawaran pemotongan harga beli tanah ini selepas mengambil kira rungutan penduduk Kg.Sri Nadi yang mengatakan tawaran asal sebanyak RM45,000.00 bagi setiap ekar membebankan mereka. Kini selepas potongan, tanah yng dimiliki oleh MARDI itu hanya perlu dibayar dengan RM22,000.00.

Keputusan ini diharap memberikan keadilan kepada mereka yang merupakan peneroka asal tanah itu sebelum tahun 1971 lagi.Cuma satu harapan saya agar selepas selesai proses pindah milik, peneroka yang terlibat tidak terpengaruh dengan pujukan sesetengah pihak untuk menjual tanah tersebut.Nilai pasaran semasa tanah tersebut kira-kira RM225,000.00 bagi setiap ekar dan kita hanya menawarkan RM22,000.00 bagi setiap ekar.Jadi,saya mohon agar janganlah mudah terpengaruh dengan pujuk rayu demi keuntungan segera. Pertahankanlah tanah tersebut apalagi jika ianya tanah pusaka.

2.3.10

4 TIADA LAGI BOIKOT..ISU KOTAK IKAN SELESAI! ALHAMDULILLAH!

Bookmark and Share

Rundingan meja bujur..


Penerangan mengenai mikrocip yang akan digunakan untuk KIBFG.

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan..kita perlu mulakan langkah pertama untuk berubah ke arah kualiti hidup yang lebih baik.


Bulat air kerana pembentung...bulat manusia kerana muafakat..

“Saya dengan ini menarik balik arahan memboikot kemasukan ikan import dan meminta supaya para pengimport ikan membawa masuk semula ikan ke pasaran Negara”. Pengerusi Jawatankuasa Pengimport dan Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusuf Ismail berkata demikian diakhir ucapannya semasa pertemuan seramai 40 orang pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia dengan saya petang tadi.

Begitulah juga harapan saya agar kemelut penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Food Grade (KIBFG) dapat segera berakhir...mudah mudahan begitulah hendaknya.Saya juga berharap agar pertemuan yang telah menemukan lampu di hujung terowong ini tidak digelapkan oleh kenyataan-kenyataan pihak yang tidak berkenaan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Yang pastinya, kesimpulan pertemuan petang ini jelas terdapat salah faham di kalangan para pengimport terhadap hasrat kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan KIBFG. Ingin saya jelaskan disini bahawa penguatkuasaan KIBFG akan dilakukan secara berperingkat peringkat mulai 01 Mac 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Ini bermakna penguatkuasaan sepenuhnya penggunaan KIBFG hanya bermula pada 1 November 2010. Harga KIBFG juga dikurangkan dengan pemberian insentif kerajaan sebanyak RM60.00 bagi kotak 100 kg, RM30.00 bagi kotak 50 kg dan RM20.00 bagi kotak 30 kg.

Para pengimport juga dibenarkan membeli di mana-mana kilang pembuat KIBFG yang berdaftar dengan LKIM dan mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak SIRIM. Setakat hari ini terdapat 4 buah kilang pengeluaran KIBFG dan dua lagi akan ditambah.

Keputusan-keputusan yang dibuat sehingga membawa kepada titik pertemuan yang positif ini sudah tentunya dilakukan dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian diutamakan. Akhirnya rundingan meja bulat di Aras 7, Wisma Tani, Putrajaya mencapai win-win situation antara kedua-dua belah pihak.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA...!!!

1.3.10

2 MENGAPA BOIKOT...???GUNA KIBFG ATAU TARIK BALIK PERMIT.

Bookmark and Share
Kotak Ikan Berinsulansi Food Grade (KIBFG) masih menjadi isu yang mendapat perhatian media massa ekoran tindakan pengimport ikan membantah dan tidak mahu menggunakannya atas alasan mahal dan akan meningkatkan kos operasi mereka.Saya telah membuat beberapa kenyataan sebelum ini bersabit dengan penguatkuasaan penggunaan KIBGF yang akan dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 01 Mac 2010.Malah sebelum membuat sebarang kenyataan saya dan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengadakan empat siri rundingan dengan pihak pengimport yang membawa masuk ikan dari Thailand mahupun dengan pengimport ikan dari Indonesia.
Hari ini sekali lagi saya berjumpa dengan pengimport ikan dari Indonesia dan esok,Selasa jam 3 petang saya akan berjumpa semula dengan pengimport ikan dari Thailand. Harap-harap Datuk Yusuf (Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia) dapat ler datang berbincang dengan saya petang esok, jangan asyik tembak kat luar padang...
Saya akan melakukan lawatan dan tinjauan di pasar Borong Selayang pada jam 2.30 pagi nanti, (Selasa,2 Mac) untuk meninjau harga ikan yang dikatakan bakal meningkat ekoran ancaman pihak pengimport ikan untuk menghentikan import ikan.
Untuk perhatian kawan-kawan semua, harga biasa KIBGF muatan 100kg dijual RM205, kerajaan beri subsidi RM60 jadi harganya cuma RM145 sekotak, sementara muatan 50kg dijual harga biasa RM125 tolak subsidi kerajaan RM30 jadi harganya cuma RM95 sekotak. Harga kotak yang digunakan sekarang RM135 bagi muatan 100kg dan RM85 bagi muatan 50kg, jadi harga KIBGF cuma mahal RM10 dari harga kotak yang digunakan sekarang.

Sebanyak RM2.4 juta diperuntukkan untuk menampung subsidi kepada taukeh ikan import yang kaya raya. Kerajaan beri masa sehingga bulan November nanti kepada pengimport untuk menukar kotak ikan mereka kepada kotak KIBFG.
Kalau mereka masih berdegil..jangan kata kerajaan zalim pulak..kerana kerajaan bertanggungjawab memberikan yang terbaik untuk Rakyat Malaysia makan!!

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa, penguatkuasaan penggunaan KIBGF hanya kepada pengimport ikan...nelayan tempatan tidak perlu menggunakannya kerana kita percaya ikan jualan hasil tangkapan nelayan tempatan adalah ikan segar, bukan ikan yang disimpan tiga empat hari...Jadi tidak perlulah nelayan tempatan ikut mogok mendengar kata taukeh-taukeh ikan import...!!