|         Langgan RSS

26.1.10

5 Stok Beras Negara Mencukupi

Bookmark and Share
Gudang BERNAS di Port Klang...


Stokpail kerajaan..


Pastikan beras ST15 yang dikeluarkan ini adalah terdiri dari ST15 temapatan dan bukan campuran dengan beras ST15 dari negara lain yang lebih rendah kualitinya berbanding ST15 tempatan.


Ikhlas..sumbangan yang diberikan oleh BERNAS kepada golongan yang memerlukan seperti yang menjadi mangsa bencana alam..



Melihat figurasi stok beras negara yang ada dalam simpanan sebelum bermula 'press conference'.


Sekembali dari lawatan ke Indonesia..saya terus membuat lawatan mengejut ke kilang dan gudang-gudang BERNAS. Tindakan pantas ini lahir dari rasa bimbang dihati saya setelah melihat siaran-siaran TV Indonesia memaparkan berita mengenai krisis beras yang sedang dihadapi oleh mereka menyebabkan harga beras di sana telah naik sehingga 6 ribu rupiah dan keadaan ini telah mencetuskan demonstrasi jalanan oleh rakyat Indonesia.Saya terfikir...sekiranya perkara ini boleh berlaku di Indonesia,tidak mustahil ia juga boleh berlaku di Malaysia kerana keadaan yang sama juga telah berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Oleh sebab itu saya terus membuat lawatan mengejut ini bagi memastikan tidak timbul masalah kekurangan stok beras di dalam negara dan juga masalah kenaikkan harga beras. Di Malaysia, kerajaan kita ada menubuhkan stokpail beras yang telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 250 ribu metrik tan dan dalam masa sama, BERNAS juga mempunyai stokpail nya sendiri. Dalam taklimat yang diberikan oleh BERNAS, saya berpuas hati kerana stok yang ada mencukupi dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk tempoh 6 bulan.

Saya juga turun sendiri untuk melihat dengan lebih jelas definisi beras ST15 peratus. Saya difahamkan beras ini berbeza-beza dari setiap negara. ST15% tempatan jauh lebih baik dengan ST15% dari negara-negara lain. Saya ingin memberi penekanan kepada beras ST15% ini. ST15% yang berada dipasaran mestilah ST15% dari tempatan kerana ST15% dari luar negara lebih rendah kualitinya. Saya memberikan penekanan ini kerana banyak mendapat aduan dari orang-orang yang kurang berkemampuan di luar sana yang mengadu..mereka membeli ST15% dengan harga yang sama..tetapi disebabkan kualiti yang tidak sama...nasi yang dimasak telah menjadi cepat basi. Saya rasa telah berlaku ketidakadilan di sini. Sehubungan itu,saya telah meminta pihak kementerian membuat penguatkuasaan agar beras ST15% yang dijual dipasaran adalah terdiri dari beras ST15% tempatan.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa..beras ST15% ini juga adalah beras yang diberi subsidi oleh kerajaan lebih kurang RM50 juta sebulan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan mempunyai kuota sebanyak 30% dari jumlah beras dipasaran.Bagaimanapun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah bertindak menukar beg beras atau dengan kata lain istilah tukar baju.. ST15% kepada beg beras ST10 atau ST5 dan dijual dengan harga yang lebih tinggi. Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang terlibat sekiranya didapati berbuat demikian.Setakat ini tindakan menarik balik lesen pembekal telah dilaksanakan terhadap pemborong yang tidak bertanggungjawab ini.

15.1.10

2 Lawatan Kerja ke Indonesia - Hari ketiga.

Bookmark and Share

Hari ini saya tiba di Gorontalo, sebuah wilayah di Sulawesi Utara, Indonesia. Berjumpa dengan Gabenor Gorontalo untuk misi yang sama iaitu membincangkan isu pertanian dan peluang kerjasama antara kedua buah negara dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Selepas ini saya akan melawat ke projek tanaman jagung dan livestock mereka.

14.1.10

4 Lawatan Kerja ke Indonesia.

Bookmark and Share
Semalam bermula lawatan rasmi saya ke Indonesia. Adat tetamu berkunjung..saya telah membuat Kunjung Hormat kepada Menteri Pertanian Indonesia dan juga Kunjung Hormat kepada Menteri Kelautan Dan Perikanan Indonesia. Alhamdulillah, perjumpaan dengan kedua-dua menteri ini telah berlangsung dengan baik. Pelbagai isu pertanian kedua buah negara telah dibincangkan termasuklah peluang-peluang perniagaan dan permohonan Malaysia untuk mengimport ternakan lembu dan beras. Kami juga telah membincangkan tentang industri Seaweed atau Rumpai Laut. Tidak ketinggalan juga industri Ikan Hiasan yang semakin mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada sebelah malamnya pula saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta. Seramai 300 orang pelajar Malaysia telah hadir di majlis ini untuk bermesra dan berdialog secara empat mata dengan dengan saya bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat tentang pelbagai isu yang melibatkan negara kita, Malaysia.

Hari ini saya telah tiba di Sulawesi untuk meneruskan lawatan ini..berjumpa dengan Gabenor Sulawesi Selatan bagi mengadakan satu lagi perbincangan mengenai industri pertanian dan perkara-perkara lain yang seiring dengannya serta menandatangani dua MOU yang pertanian antara pihak MARDITECH dan ASSPERLI juga antara pihak MARDI dan UNHAS. Peluang yang ada juga akan saya gunakan untuk melawat sawah padi di Bantimurung yang dikatakan antara sawah padi terbesar dan menjadi mata pencarian utama penduduk di sana. InsyaAllah..di lain kelapangan nanti, saya akan menulis lagi pengalaman dan hasil dapatan lawatan kerja di sini untuk dikongsi dengan rakyat di Malaysia..

- dalam perjalanan ke sawah padi Bantimurung-

11.1.10

4 Lagi Ahli Reformis Sertai UMNO..!!

Bookmark and Share
Tidak perlu saya menulis panjang lebar atau menjawab cabaran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat supaya saya membuktikan adanya ahli-ahli PKR menyertai UMNO. Gambar-gambar di bawah menerangkan segala peristiwa ketika para pemimpin reformasi menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Y.A.B Perdana Menteri. Bak kata Raja Lawak...saper nama tuh..?? Nabil..? Lu pikir la sendiri...!!!


Senarai Pemimpin-pemimpin Aktivis Reformasi yang hadir di Majlis Penyerahan Borang Keahlian UMNO kepada Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak sempena Program Juara Rakyat di Bukit Sentosa.


Y.A.B Dato' Sri Najib menerima 1000 keping borang keahlian UMNO oleh bekas-bekas Aktivis Reformasi.



1Matlamat! 1Perjuangan! 1Barisan! Kita gempur dan gegar kepimpinan Pakatan Rakyat sampai runtuh!!!


10.1.10

5 KITA JUARA RAKYAT..!!!

Bookmark and Share
JUARA RAKYAT! Bukan ingin menjadi sombong atau menunjuk hebat tapi untuk memberi motivasi kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bekerja lebih kuat agar menjadi No.1 seterusnya menjuarai hati rakyat. Hari ini berakhirlah Program Juara Rakyat yang telah berlangsung selama 3 hari di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Sesungguhnya program ini mendapat sambutan yang sangat hebat dan menggalakkan daripada rakyat yang datang dari serata tempat, pelbagai lapisan umur juga latarbelakang.

Program Juara Rakyat bermaksud, kita sentiasa menjuarai kehidupan rakyat, kita sentiasa menjuarai pembelaan rakyat, kita sentiasa menjadi johan dalam membangun rakyat, kita sentiasa di barisan hadapan untuk rakyat, kita sentiasa menjadi juara dalam hati dan minda rakyat dan rakyat sentiasa menjadi juara dalam perjuangan kita!
Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggamit orang ramai ke Program Juara Rakyat.
Rakyat sentiasa menjadi juara dalam perjuangan kita..
YAB Perdana Menteri :"Kita harus bersedia untuk bergerak secara bersepadu, menjangkau setiap aspek kehidupan rakyat sehingga ke akar umbi, dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Saya yakin dengan transformasi berteraskan gagasan 1Malaysia dan dengan tekad menjuarai perjuangan rakyat serta menjuarai pembelaan rakyat, InsyaAllah kita akan berjaya."
Antara orang ramai yang hadir, walapun terpaksa berdiri dalam keadaan yang sesak, tapi mereka tidak berganjak, tekun mendengar amanat perjuangan yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri. Terima Kasih!

Barisan pemimpin bersama orang ramai menyanyikan lagu Juara Rakyat yang baru pertama kali didengarkan pada hari ini.


Menyampaikan cenderamata dari pihak penganjur kepada YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TEKUN antara agensi di bawah kementerian yang mengambil bahagian dalam program ini.

Tempat yang paling sesuai dituju oleh graduan muda kita yang ingin menjadi usahawan tani. Pelbagai maklumat telah disediakan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi membantu golongan berminat.


YAB PM melawat gerai ikan hiasan yang merupakan salah satu projek di bawah kementerian.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Syabas!

Selepas ini Program Juara Rakyat akan diteruskan perlaksanaanya di setiap 191 Bahagian UMNO seluruh negara pada setiap bulan yang akan melibatkan semua rakyat di kawasan masing-masing. Setiap Ahli Majli Tertinggi UMNO telah diberikan 5 Bahagian angkat setiap seorang bagi memastikan program ini terlaksana.Perlaksanaanya nanti akan dilaporkan dalam mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO.

Bersamalah kita berdoa agar usaha murni ini akan mendapat keberkatan Allah SWT dan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Salam 1Malaysia, Salam Juara Rakyat!!!

8.1.10

3 Serah Senarai Subur Sebelum 15 Feb

Bookmark and Share
TANJONG KARANG, 7 Jan -- Semua senarai nama dan borang permohonan mereka yang layak menerima bantuan di bawah program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) perlu diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selewat-lewatnya 15 Feb ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) perlu menghantar senarai dan borang itu bagi membolehkan kementerian mengemaskini senarai penerima subsidi beras itu yang pelaksanaannya kini ditangguh.

"Kalau kementerian tidak menerima senarai daripada MPPP ni, kita akan gunakan nama-nama yang sedia ada pada kementerian (iaitu 248,000 keluarga yang berdaftar dengan kementerian setakat ini),"

Terdahulu, Noh merasmikan Bengkel Keusahawanan Pemasar Tani Parlimen Tanjung Karang, di sini hari Khamis. Pelaksanaan Subur yang sepatutnya dibuat pada 1 Dis lepas, ditangguh berikutan terdapat sesetengah pihak yang meminta kerajaan memastikan tiada golongan sasar yang tercicir.

MPPP ditubuhkan di semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk mengukuhkan pelaksanaan pembangunan industri pertanian negara sehingga ke peringkat akar umbi. MPPP diterajui sama ada oleh anggota Parlimen kawasan, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ketua Parti Komponen Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen pembangkang.

Sumber : BERNAMA

6.1.10

2 Noh Tidak Bermimpi..!!

Bookmark and Share
“Noh Omar jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR. Sebagai Menteri, dia gunakan wang kementerian untuk mengembangkan pengaruh politiknya...” Sedap sungguh Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda, Selangor mengata saya dalam Akhbar Sinar Harian semalam sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah dan Galakan Kepada Pelajar Cemerlang UPSR, PMR dan SPM.

Betapa dangkal beliau menuduh saya menggunakan duit kerajaan untuk meraih pengaruh politik diri sendiri. Saya ingin bertanya kepada En.Suhaimi, selama ini..semua program kebajikan di Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor..dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, termasuklah program Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah yang beliau rasmikan ini...menggunakan duit siapa? Adakah menggunakan duit poket beliau sendiri..?? Menteri Besar Selangor menghulurkan sumbangan di sana-sini.. Adakah itu menggunakan duit dari poket MB sendiri? Kalau benarla ada sumbangan diberikan, sudah tentu itu adalah duit Kerajaan Negeri..duit rakyat! Terbukti Kerajaan Pakatan Rakyat juga menggunakan duit kerajaan negeri, duit rakyat untuk menyebarkan pengaruh politik mereka. Paku dulang, paku serpih, jangan mengata orang kalau kita yang lebih!

Saya menyeru kepada pemimpin dari Pakatan Rakyat..berhentilah dari terus menipu rakyat. Cukuplah setakat Menteri Besar Selangor sahaja menipu dan mengelirukan DYMM Sultan Selangor. Saya masih ingat, sewaktu pertama kali MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun DYMM Sultan pada tahun lepas..saya hadir dalam majlis itu dan saya dengar dengan telinga saya sendiri bahawa MB Selangor menyatakan, Kerajaan Selangor akan mendapat RM140 juta hasil dari jualan pasir. Tapi baru-baru ini dalam pengumuman yang dibuat, kita dimaklumkan hanya RM26 juta sahaja yang diperolehi. Apa sudah jadi..?? Patutlah DYMM Sultan menegur MB Selangor agar jangan banyak berjanji..membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat. Kalau DYMM Sultan pun dia boleh tipu..apalagi rakyat yang berada di luar sana..

Jadi di sini, saya minta saudara Suhaimi agar menasihati MB Selangor termasuklah diri anda sendiri..supaya jangan lagi menggunakan duit rakyat atau duit kerajaan dalam menganjurkan majlis-majlis di Negeri Selangor. Tidak mengapalah kalau saya bermimpi di siang hari..asalkan ia mimpi yang menjadi..dari ditipu Pakatan Rakyat yang bermimpi syok sendiri..!!

2.1.10

6 Isu Kalimah Allah..

Bookmark and Share
Hangat diperdebatkan oleh semua pihak mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Isu ini telah menjadi tamparan hebat kepada orang Islam di Malaysia. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan rakan pembaca di blog ini..

Sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dahulu lagi..memang sudah ada cubaan dari mereka ini untuk menerbitkan akhbar tersebut di dalam Bahasa Melayu dan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya dengan alasan tuhan mereka juga ada bernama Allah. Tapi pada waktu itu kita berkeras untuk tidak membenarkan mereka menulis dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah dalam akhbar tersebut. Mereka gagal..!!

Tapi hari ini..kita telah menyaksikan kejayaan mereka dalam memperjuangkan isu terbabit. Akhbar itu telah ditulis dalam Bahasa Melayu..Kalimah Allah juga telah dibenarkan penggunaanya dalam akhbar tersebut. Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang hakimnya bukan Islam tetapi ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak..mengapa hari ini tuntutan-tuntutan mereka ini berjaya..??

Tidak dapat dinafikan, senario ini berlaku dek kerana berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia dan perpaduan orang Melayu yang semakin lemah pada hari ini. Ditambah pula dengan adanya pemimpin Islam yang menyokong tuntutan seperti ini demi meraih sokongan politik mereka. Ini jelas apabila seorang pemimpin PAS, Y.B Khalid Samad pernah bercakap di parlimen mengenai sokongan beliau terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan gereja Katholik ini.

Jikalau benarlah PAS ini parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan tidak bersetuju dengan isu ini..saya mencabar pucuk pimpinan PAS untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang liberal dan telah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap isu berkenaan. Selagi PAS tidak berbuat apa-apa, selagi itulah PAS akan dilihat seolah-olah memberi galakkan kepada mereka yang terlibat dan terus bersetuju dengan apa yang dilakukan. Jangan kerana ghairah meraih sokongan politik pelbagai kaum dan agama..kesucian Agama Islam diperlekeh-lekehkan..!!

Jikalau PAS boleh mengambil tindakan dan tidak bersetuju kepada pimimpin yang hendak mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Melayu, mengapa PAS tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersetuju dengan isu ini seperti Y.B Khalid Samad dan penyokong lain yang seiring dengannya..???

0 UMNO Selangor Muflis Pemimpin..???

Bookmark and Share
Saya ingin merespon kepada komen Y.Bhg.Prof. Datuk Zainal Kling dalam Akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa hasrat UMNO Selangor untuk ‘merampas semula’ negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tidak akan tercapai kerana UMNO Selangor dilihat tidak mempunyai calon pemimpin yang berwibawa serta menonjol untuk menerajui Selangor dan faktor itu dilihat mengapa UMNO kurang mendapat kepercayaan rakyat untuk mentadbir Selangor.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas komen, kritikan dan pandangan yang diberikan oleh Y.Bhg Prof. Datuk Zainal Kling, seorang penganalisa politik. Sesungguhnya..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul. Saya menerima kritikan itu dengan terbuka tetapi jangan sampai ianya menafikan usaha pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang sedang bekerja keras melaksanakan pelbagai program untuk manfaat dan kebaikan rakyat Selangor. Jika diselak surat khabar khususnya akhbar tempatan, saban hari ada sahaja ulasan-ulasan mengenai program yang dianjurkan oleh pemimpin Umno Selangor di setiap bahagian. Malah lebih banyak dari program yang dilakukan oleh Parti Pakatan rakyat.

Bagi memperkasakan umno Selangor itu sendiri, kita telah bertindak proaktif dengan melaksanakan Program Retreat UMNO Selangor pada April yang lalu..lebih awal dari retreat yang dibuat oleh UMNO Malaysia. Di samping itu, setiap bulan kita mengadakan ‘brain storming’ bagi memastikan agenda parti tercapai. Kita juga menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan yang mana saya sendiri telah bertindak untuk program turun padang ke setiap bahagian UMNO di Negeri Selangor. Perlu kita ingat, semua pihak mempunyai strategi masing-masing.,.tapi tak kan semua strategi itu kita nak war-warkan kepada umum..

Usaha kita itu, telah mula menampakkan hasil yang positif. Baru-baru ini seramai 600 orang ahli Parti Keadilan Rakyat Ijok iaitu kawasan naungan Tan Sri Khalid Ibrahim, kubu kuat MB Selangor itu sendiri telah mengisytiharkan keluar parti beramai-ramai dalam satu majlis yang dihadiri oleh saya sendiri.

Label 3L..Lagak, Laga dan Leka..yang diberikan kepada BN dan UMNO oleh Prof. Datuk Zainal Kling juga telah memberi ruang kepada pembangkang untuk terus memandang rendah kepada BN dan UMNO. Hari ini, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari pula melabelkan BN dan UMNO dengan 3H...Halal, Haram dan Hentam. Bukan takut dengan asakkan atau tidak boleh menerima kritikan tapi janganlah terlalu mudah menghukum. Memang tidak dinafikan kita mempunyai kelemahan tetapi adalah tidak adil memberi komen politik dengan melihat kepada keburukan dan kelemahan semata tanpa menampakkan segala usaha dan kebaikan yang telah dilakukan.

Saya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor juga turut dikatakan tidak mempunyai kredibiliti mengetuai cabaran menawan kembali Selangor kerana saya tidak mendapat sokongan dari akar umbi. Bagi saya, siapa yang memimpin UMNO Selangor tidak penting. Yang penting, perpaduan dikalangan ahli UMNO itu sendiri kerana ia menjadi tunjang kepada perjuangan dan misi menawan Selangor. Ramai lagi pemimpin UMNO Selangor yang boleh ditonjolkan untuk memimpin tidak semestinya saya seorang sahaja tetapi oleh kerana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada saya, maka saya akan cuba lakukan yang terbaik. Tidak ada masalah untuk saya terus menjadi makmum kerana selama ini pun, sudah lebih 20 tahun saya menjadi pengikut di Negeri Selangor. Jadi, berkenaan dengan isu tidak mendapat sokongan dari akar umbi ini..saya serahkan kepada ahli UMNO di peringkat akar umbi sendiri untuk membuat penilaian dan penentuan kerana hanya mereka yang tahu apa yang telah saya lakukan.

Kepada Y.Bhg.Prof Datuk Zainal Kling, terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kritikan, komen dan pandangan itu. Saya menerimanya dengan terbuka. Saya mengalu-alukan kritikan dan pandangan lain dari Prof.Datuk Zainal serta pembaca di luar sana tetapi biarlah kritikan membina dan pandangan yang positif untuk kebaikan bersama.

Saya lontarkan persoalan di sini, jikalau UMNO Selangor dikatakan mempunyai sindrom ‘3L’ dan saya tidak mendapat sokongan akar umbi...bagaimana pula saya dan rakan-rakan berjaya menggempur kawasan Ijok, Dun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menyebabkan orang kuat MB sendiri bersama 600 orang yang lain telah bertindak mengisytiharkan diri keluar dari Parti Keadilan Rakyat...??? Apa pandangan Y.Bhg.Prof.Datuk Zainal Kling dan rakan bloggers dan FB di luar sana...???