|         Langgan RSS

2.3.10

4 TIADA LAGI BOIKOT..ISU KOTAK IKAN SELESAI! ALHAMDULILLAH!

Bookmark and Share

Rundingan meja bujur..


Penerangan mengenai mikrocip yang akan digunakan untuk KIBFG.

Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan..kita perlu mulakan langkah pertama untuk berubah ke arah kualiti hidup yang lebih baik.


Bulat air kerana pembentung...bulat manusia kerana muafakat..

“Saya dengan ini menarik balik arahan memboikot kemasukan ikan import dan meminta supaya para pengimport ikan membawa masuk semula ikan ke pasaran Negara”. Pengerusi Jawatankuasa Pengimport dan Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia, Datuk Yusuf Ismail berkata demikian diakhir ucapannya semasa pertemuan seramai 40 orang pengimport ikan dari Thailand dan Indonesia dengan saya petang tadi.

Begitulah juga harapan saya agar kemelut penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Food Grade (KIBFG) dapat segera berakhir...mudah mudahan begitulah hendaknya.Saya juga berharap agar pertemuan yang telah menemukan lampu di hujung terowong ini tidak digelapkan oleh kenyataan-kenyataan pihak yang tidak berkenaan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Yang pastinya, kesimpulan pertemuan petang ini jelas terdapat salah faham di kalangan para pengimport terhadap hasrat kerajaan untuk menguatkuasakan penggunaan KIBFG. Ingin saya jelaskan disini bahawa penguatkuasaan KIBFG akan dilakukan secara berperingkat peringkat mulai 01 Mac 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Ini bermakna penguatkuasaan sepenuhnya penggunaan KIBFG hanya bermula pada 1 November 2010. Harga KIBFG juga dikurangkan dengan pemberian insentif kerajaan sebanyak RM60.00 bagi kotak 100 kg, RM30.00 bagi kotak 50 kg dan RM20.00 bagi kotak 30 kg.

Para pengimport juga dibenarkan membeli di mana-mana kilang pembuat KIBFG yang berdaftar dengan LKIM dan mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak SIRIM. Setakat hari ini terdapat 4 buah kilang pengeluaran KIBFG dan dua lagi akan ditambah.

Keputusan-keputusan yang dibuat sehingga membawa kepada titik pertemuan yang positif ini sudah tentunya dilakukan dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian diutamakan. Akhirnya rundingan meja bulat di Aras 7, Wisma Tani, Putrajaya mencapai win-win situation antara kedua-dua belah pihak.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA...!!!

4 Komen:

C L J said...

Tahniah Dato'. Kebenaran keikhlasan akhirnya serlah jua. Tahniah. Semangat 1 Malaysia.

zzkasim said...

Isu kotak ikan selesai..... isu tanah mardi di jalan kebun pun selesai..........TAHNIAH Dato Seri Noh yg saya kasihi.

Dato Seri memang mempunyai ketegasan dan committed di dalam segala isu atau perkara yg berbangkit mencari jalan penyelesaiannya sehingga ke penghujung noktah. Tidak separuh jalan dan hangat hangat tahi ayam. Itu lah yg saya kagumi.

Disamping itu, secara tak langsung, Dato Seri berusaha dan mencuba menyedarkan org org melayu kita khasnya tentang hak kita sebagai org melayu di tanah melayu ini melalui sejarah lalu. Orang melayu juga perlu sedar bahawa sebagai seorang melayu di negara ini, kita sememangnya mempunyai hak yg lebih dari kaum lain juga berdasarkan sejarah...

Seperti yg Dato Seri tekan kan tempoh hari di MARDI Jln Kebun bahawa adalah sgt penting semua warga negara ini "tahu" sejarah bermula dari sebelum dijajah,sebelum tahun 1511 dan selepas dijajah.... bagaimana kita mencapai kemerdekaan dan sebagainya.

Perkara yang sama juga pernah Dato Seri sebut juga di PWTC sewaktu " SEMINAR AGENDA MELAYU" tahun lepas anjuran Kelab ALUMNI UMNO LUAR NEGARA. Bahawa ketuanan melayu itu adalah satu perkara yg tak boleh dipertikaikan jika KITA tahu sejarah.

Semangat 1 MALAYSIA yg di laung laungkan sekarang juga perlu diketahui dengan jelas..takut kaum lain SALAH FAHAM...

Seperti yg Dato Seri cakap tempohari bahawa "1 MALAYSIA" mengikut perlembagaan....

Sekarang ni mintak pula Dato Seri selesaikan masaalah baja subsidi dengan lebih telus.. TANYA PETANI sendiri apakah produk yg mereka inginkan. Sebab sekarang banyak input pertanian yg diberikan secara subsidi tapi tidak digunakan oleh petani kerana tidak berkualiti dan tidak berkesan.

Saya akan ke Kota Bharu besok (Rabu & khamis) sempena lawatan Dato Seri ke sana. Sama samalah kita berdoa agar semuanya berjalan lancar dan Dato Seri diberikan HIDAYAH yang TERBAIK dalam pemberian baja subsidi padi kepada petani.

SYABAS SAYA UCAPKAN KEPADA DATO SERI DALAM KEJAYAAN MENYELASAIKAN SATU PERSATU ISU YG MENJADI PERHATIAN UMUM DAN BERLARUTAN BERTAHUN TAHUN.

marzuki said...

DATO` MENGENAI BERAS 15% DARI APA YANG SAYA TENGOK BILA KITA NAK BELI RASA NYA YANG HANCUR LEBIH DARI 15% MUNGKIN 40% LEBIH SYARIKAT DAPAT SUBSIDI MUNGKIN UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA DARI JUAL BERAS GRED LAIN. SAYA TENGOK DI IPOH BERAS BAG 10 KG COP BERAS NASIONAL DARI SYARIKAT FUHLI SDN BHD MACAM TAK PERCAYA 15% DIA NAK TIPU ATAU NAK NAK NAYA RAKYAT KE HARAP KAWAL SELIA PADI DAN BERAS DAPAT MANTAU SECARA KERAP DAN TENGOK DI KEDAI KEDAI JUGA JANGAN DI KILAN SAJA SEBAB RAKYAT BELI DI KEDAI BUKAN DI KILANG. KENA PRO AKTIF LE JABATAN YANG KELUARKAN DUIT RAKYAT (SUBSIDI)KEPADA SYARIKAT ASIK LULUS TANPA PERIKSA, MANTAU, TINJAU. BILA RAKYAT RASA KENA TIPU DIA AKAN MARAH KERAJAAN. BILA DIA MARAH MACAM MACAM BOLEH JADI. SEBELUM JADI MACAM MACAM TU KERAJAAN KENA TENGOK LE PEGAWAI DIA BUAT KERJA KE TIDAK ATAU LENA DENGAN JAWATAN DAN GELARAN. SYARIKAT UNTUNG RAKYAT MISKIN MACAM KITA MERANA DAN TERINAYA. AMBIL TINDAKAN TEGAS UKUR KADAR HANCUR AMBIL PAKET BERAS DI KEDAI KEDAI UNTUK KIRA BERAPA KADAR HANCUR. KITA BOLEH BUAT BEGITU KALAU KITA NAK. DAN RASA SAYA KITA KENA BUAT BEGITU SEBAB SYARIKAT NAK KAYA CEPAT AMBIL KESEMPATAN KEATAS RAKYAT MISKIN.


SATU LAGI LAMAN WEB KEMENTERIAN PERTANIAN KITA NAK BUAT ADUAN PUN SUSAH HARAP DATO` DAPAT TENGOK SIKIT ATAU CUBA DENGAN LAMAN WEB TERSEBUT SEBAB BILA SAYA NAK MASDUK KOMEN TAK BOLEH MASU IC PUN TAK BOLEH

Noh Omar said...

Salam kepada semua..

CLJ & zzkasim : terima kasih atas sokongan anda,
marzuki : terima kasih atas komen dan maklumat anda.pihak kementerian telah dimaklumkan untuk membuat tindakan.

Post a Comment