Kotak Ikan Berinsulansi Food Grade (KIBFG) masih menjadi isu yang mendapat perhatian media massa ekoran tindakan pengimport ikan membantah dan tidak mahu menggunakannya atas alasan mahal dan akan meningkatkan kos operasi mereka.Saya telah membuat beberapa kenyataan sebelum ini bersabit dengan penguatkuasaan penggunaan KIBGF yang akan dikuatkuasakan secara berperingkat mulai 01 Mac 2010.Malah sebelum membuat sebarang kenyataan saya dan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengadakan empat siri rundingan dengan pihak pengimport yang membawa masuk ikan dari Thailand mahupun dengan pengimport ikan dari Indonesia.
Hari ini sekali lagi saya berjumpa dengan pengimport ikan dari Indonesia dan esok,Selasa jam 3 petang saya akan berjumpa semula dengan pengimport ikan dari Thailand. Harap-harap Datuk Yusuf (Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia) dapat ler datang berbincang dengan saya petang esok, jangan asyik tembak kat luar padang...
Saya akan melakukan lawatan dan tinjauan di pasar Borong Selayang pada jam 2.30 pagi nanti, (Selasa,2 Mac) untuk meninjau harga ikan yang dikatakan bakal meningkat ekoran ancaman pihak pengimport ikan untuk menghentikan import ikan.
Sebanyak RM2.4 juta diperuntukkan untuk menampung subsidi kepada taukeh ikan import yang kaya raya. Kerajaan beri masa sehingga bulan November nanti kepada pengimport untuk menukar kotak ikan mereka kepada kotak KIBFG. Kalau mereka masih berdegil..jangan kata kerajaan zalim pulak..kerana kerajaan bertanggungjawab memberikan yang terbaik untuk Rakyat Malaysia makan!!






2 Komen:
SALAM TOK,
Mohon siarkan secara terperinci dan meluas isu ini di media cetak, media elektronik dll kerana rakyat terbanyak tidak jelas dan terpengaruh dengan perasaan bimbang harga ikan yang akan naik!
-pemantauan kepada harga ikan dipasaran jua mesti tegas dan konsisten kerana situasi ini hanya akan menimbulkan sebab kepada peraih dan penjual ikan untuk menekan pengguna dan rakyat,
akhirnya sekali lagi kerajaan yang akan dipersalahkan!
-tolong jelaskan kenapa hanya 1 syarikat yang dipertangguingjawabkan untuk membekalkan tong ini kerana isu yang dieksploitasikan mengatakan bahawa ini merupakan cara pihak kerajaan untuk mengkayakan syarikat kroni! buktinya 2.4 juta telah disalurkan kepada syarikat tersebut!
-LKIM perlu 'segar' mempertahankan isu ini, dan bukan hanya menteri/orang politik!
terima kasih tok!
Putera merdeka : salam,terima kasih atas keprihatinan saudara.semuanya telah disiarkan dengan meluas dan secara terperinci di media cetak dan elektronik.sila semak artikel saya di laman ini.
Post a Comment