Lawatan kerja ke stesen MARDI Jalan Kebun bagi melihat sendiri kemudahan makmal tisu kultur yang membangunkan pengeluaran biji benih berkualiti tinggi dan bahan tanaman sayur-sayuran juga buah-buahan.
Penyampaian sijil pengesahan penerimaan tawaran jual beli tanah MARDI.
Alang-alang sampai ke Jalan Kebun,saya dan rombongan bersama-sama dengan Pengerusi MPPP Kota Raja merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Raja,Ir.Kamaruzaman Johari melawat rumah mangsa banjir kilat baru-baru ini.
Bukanlah nak mendabik dada...tapi saya sendiri merasa lega dan gembira apabila masalah milikan tanah yang diduduki peneroka selama lebih 40 tahun selesai apabila saya bersetuju dengan tawaran pemotongan harga beli tanah ini selepas mengambil kira rungutan penduduk Kg.Sri Nadi yang mengatakan tawaran asal sebanyak RM45,000.00 bagi setiap ekar membebankan mereka. Kini selepas potongan, tanah yng dimiliki oleh MARDI itu hanya perlu dibayar dengan RM22,000.00.
Keputusan ini diharap memberikan keadilan kepada mereka yang merupakan peneroka asal tanah itu sebelum tahun 1971 lagi.Cuma satu harapan saya agar selepas selesai proses pindah milik, peneroka yang terlibat tidak terpengaruh dengan pujukan sesetengah pihak untuk menjual tanah tersebut.Nilai pasaran semasa tanah tersebut kira-kira RM225,000.00 bagi setiap ekar dan kita hanya menawarkan RM22,000.00 bagi setiap ekar.Jadi,saya mohon agar janganlah mudah terpengaruh dengan pujuk rayu demi keuntungan segera. Pertahankanlah tanah tersebut apalagi jika ianya tanah pusaka.






6 Komen:
Salam Dato,tahun lepas dato ada hadir di kawasan Kampar menjayakan program TEKUN.Disana dato telah menyatakan peruntukan sebanyak RM1OOk akan disalurkan kepada pihak jabatan pertanian daerah kampar perak,tetapi hingga kini tiada apa2 peruntukan yang diterima.Seperkara lagi,kami disini amat kecewa apabila mendapat tahu peruntukan sebanyak RM200k pada tahun lepas telah disalurkan kepada projek orkid di Malim Nawar Perak yang disahkan dipunyai oleh adik kepada MT Wanita UMNO PERAK dan projek berkenaan gagal baru2 ini disahkan oleh pihak jabatan pertanian.Dimanakah keadilan kepada kami pengusaha pertanian yg berminat tetapi seolah-olah dipinggirkan terutama pengusaha pertanian di daerah Kampar Perak.Sekian Terima Kasih
setelah selesai isu tanah jalan kebun, Dato Seri turun pula ke Kelantan menjengok dan menyelesaikan beberapa masaalah lain. Yang pentingnya bagi pandangan saya adalah semua yang Dato Seri lakukan adalah untuk menolong orang orang kampung, petani dan nelayan.
Pertamanya masaalah sungai Kelantan yang mengalami penurunan air yg tidak dapat menyalurkan air ke sawah sawah di sekitarnya.Dato Seri sanggup turun sendiri dalam keadaan berselut dan hujan semata mata mahu melihat sendiri keadaan sebenarnya. Dato Seri serta merta telah mengambil tindakan dengan membuat benteng pasir sebanyak 100,000 bag pasir bernilai Rm500,000 bagi menaikkan paras air bagi kegunaan penanam padi sekitarnya.
Kemudian Kementerian pula telah memperuntukkan Rm16 juta untuk mengatasi masaalah air ini secara jangka panjang dengan rancangan untuk membina "rubber Dam".
Dato Seri juga telah merasmikan pecah tanah bagi pembinaan 300 rumah nelayan di Pengkalan Tok Bali dengan berbagai kemudahan seperti surau, rumah kedai,dewan org ramai dsb.Pada hari itu juga Dato Seri telah banyak menolong dan menyelesaikan masaalah nelayan secara berinteraksi terus dengan mereka bagi mengetahui masaalah semasa. Alhamdulillah, banyak yg dpt diselesaikan seperti melanjutkan tempoh menengkap ikan dari bulan Feb ke bulan April, pemantauan bot bot lesen B & C yang sewenangnya masuk ke kawasan zon bot nelayan kecilan A. Masaalah pukat tunda ini yg sering menghantui nelayan disini dapat dipantau dimasa akan datang dengan pengenalan sistem canggih yg dipasang pada bot bot bagi mengetahui pergerakan mereka dan dapat dikesan sekiranya keluar dari kawasan menangkap ikan mereka.
Apa yg saya nak komen disini adalah saya melihat tindakan Dato Seri sememangnya benar benar menolong rakyat dengan melaksanakan apa yang dikata. Sepatutnya masaalah air itu adalah masaalah kerajaan negeri, mengikut petani setempat, tiada siapa yg ambil tahu, malah wakil rakyat pun tak pernah datang tanya & tengok. Sedangkan pihak kementerian Pertanian sendiri dah 4 orang pegawai datang turun padang dalam tempoh sebulan mencari jalan mengatasi masaalah rakyat walaupun bukan tanggung jawab sebenar pihak kementerian.
Begitu juga dengan pembinaan penempatan nelayan Tok Bali. Dah lah kerajaan pusat tolong buatkan rumah nelayan yg dalam kawasan pembangkang, nak minta tanah tapak pun tak bagi. Nasiblah ada Majlis agama islam yg sudi berikan tapak walaupun terpaksa di pajak selama 60 tahun lebih.
LIHATlah, macamana lagi nak buktikan bahawa SIAPA yg TOLONG rakyat sebenarnya.
HAKIKAT SEBENARNYA MEMANG KERAJAAN BARISAN NASIONAL LEBIH LEBIH LAGI UMNO YG BERPERANAN MENOLONG ORG ORG MELAYU KHASNYA, BUKAN CAKAP TAPI BUAT. CUMA KEBANYAKAN RAKYAT SEBENARNYA YG BUTA MATA, BUTA HATI, BUTA PEMIKIRAN TAK NAMPAK YG MANA KACA DAN YG MANA INTAN.. AMAT MENYEDIHKAN...
Datok, we would like to invite you to launch our Sustainable Seed Banking Forum in October...pls advise me the best way to write in to you.This forum is jointly organise with Mardi.
www.sustainableseedbanking.com
03 2698 9950- rita
sebagai seorang yg sentiasa menkagumi datok dalam setiap pendirian datok dlm politik dan gerak kerja datok dlm pengurusan kementerian ,tetapi yg berlaku hariini menyebabkan saya rasa terkilan, mengapa datok tunduk kpd tekanan akhbar cina mengapa datok minta maaf, apakah menjadi satu kesalahan bila kita memperingati sejarah , apakah sejarah dgn baik buruk nya satu kejahatan, bagi saya sejarah tetap sejarah samaada di setujui atau tidak .kita tidak patut sentiasa bersifat apologik saya sudah busan dgn sikap beralah setiap masa. maaf kalau pandangan saya mengangu datok.
YB DATUK...
APA DAH JADI DENGAN TEKUN??????
TEKUN UNTUK BANTU ORANG MELAYU MENGEMBANG PERNIAGAAN.... TAPI APA DAH JADI..??? SAYA DAH MEMOHON PINJAMAN MELEBIHBI SETAHUN TAPI JAWAPAN YANG DIBERI MENGECEWAKAN MASIH DALAM BILIK MESYUARAT...
SAYA ORANG MELAYU PPINANG MEMOHON MELALUI TEKUN PPINANG TAPI JAWAPAN MENGECEWAKAN. DAH LA MASA ISI BORANG DULU TELAH DIPERMAINKAN OLEH PEMIMPIN UMNO PPINANG ....... SAYA AMAT KECEWA.
SEHINGGA SEKARANG TIADA BANTUAN DITERIMA.
SAMPAI MASA NANTI SAYA AKAN LUAHKAN RASA KECEWA HATI SAYA NI DALAM SUARA RAKYAT. SAYA DENGAN RENDAH DIRI MENGHARAPKAN DATUK LUANGKAN MASA MEMANTAU CARA TEKUN BEKERJA....
TERIMA KASIH.
Terima kasih kpd semua yg telah meninggalkan komen di sini.
zzkasim :Terima kasih atas sokongan saudara.saya amat menghargainya..
evita:pls write a letter to my Officer.03-88701224.
chegarMD :memohon dan memberi maaf tidak bermakna kita mengalah.Tak kan hilang bisa ular menyusur akar...
unit maklumat : sila beri maklumat lanjut bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil.
Post a Comment