|         Langgan RSS

9.2.10

4 TAHNIAH BRO..!!!

Bookmark and Share
Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Zambry Abd. Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak. Kebenaran telah teserlah dalam keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah sekaligus menolak rayuan Dato' Seri Nizar yang mencabar kesahihan perlantikan Dato' Seri Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan tersebut sudah tentu membawa kegembiraan kepada para penyokong BN Perak dan kekecewaan kepada penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hanya sempat menerajui Kerajaan Perak selama kira-kira setahun. Sudah tentu nada kekecewaan penyokong pembangkang semakin keras mengutuk keputusan mahkamah yang disifatkan tidak adil dengan membelakangi perlembagaan dan undang-undang dalam isu perlantikan Menteri Besar selepas tiga ahli DUN PR lari ke dalam pelukan BN.

Dengan nada sumbang Nik Aziz mengajak rakyat tolak keputusan mahkamah sementara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar yang semakin terhimpit dengan kes liwatnya pula mendesak supaya diadakan pilihanraya semula. Itu nada orang kalah, tetapi kalau keputusan memihak kepada mereka sudah tentu mereka memuji sistem kehakiman negara yang adil lagi saksama.

Sekiranya pembangkang menghormati undang-undang dan perlembagaan negara, sudah tentu mereka kena akur dengan keputusan tersebut. Kalau kita tengok dari segi politik, jika tidak ke mahkamah sekali pun, keputusan akan berpihak kepada BN dan kita perlu akur dengan suara majoriti. Tetapi pembangkang tetap juga hendak menjadi pemerintah, sebab itu mereka mencipta satu suasana yang tidak menghormati orang dan hanya bertindak mengikut kehendak mereka sahaja.

Biar apa pun kata mereka....BN tetap kerajaan yang sah dan Dato' Seri Dr. Zambry adalah pemimpin yang sah untuk rakyat Perak. Janganlah dipertikaikan lagi kerana sekarang adalah masa untuk membangunkan Perak, negeri nan bertuah!

4 Komen:

zainal abididin zakba said...

tahniah dato'bela la rakyat perak seperti mana ya di janjikan terutama orang melayu kita pd dato' noh boleh sy minta pertolongan walau pun dato sudah tidak duduk d kementeria sebelum ini

sahromnasrudin said...

alhamdulillahhh..DYMM Sultan yang lantik tentulah baginda mempunyai kuasa untuk memecatnya..DSNJ kne hormati keputusan itu serta DSZAK kne teruskan kerja untuk membangunkan Perak dan memikat hati rakyat Perak

Rafie said...

Assalamualaikum Dato minta tolong sangat2 pertimbangkan tentang rayuan & aduan saya tentang pembiyaan mickro esp di agro bank temerloh nak pinjam bank rakyat sykt tempat saya kerja tak buat potongan gaji bank lain lak nak gaji sampai Rm3500 keatas,pinjam dr peminjam berlesen interest tinggi 18% setahun tempoh 2 tahun maxima 4 kali gaji, pinjaman perniagaan nak statement perniagaan 6 bulan atau setahun, saya baru nak mula kembang bidang ternakan dulu cara tradisional je.
Harap Dato dpt bantu saya selain tu tolong la beri perhatian aduan saya tentang sikap pekerja bank tersebut kiranya bawa tanggung jawab Dato. terimakasih (Rafie)

zzkasim said...

salam dato, saya merasakan dato seri akan membawa satu pendekatan baru dibidang pertanian (tanaman) terutamanya padi. Dari dulu hingga sekarang, rata rata org atau agensi kerajaan cuma menekankan mencari baja terbaik untuk meningkatkan hasil 10 MT/ha tetapi masih belum tercapai. Pendekatannya adalah kena balik ke pangkal jalan iaitu faktor utamanya adalah tanah. Kembalikan semula kesuburan tanah barulah baja akan berkesan. Kalau org sakit diberikan makanan sesedap manapun tetap tidak boleh dimakan. Tapi kalau kita sihat, apapun boleh dimakan. Amalan pertanian tepat ini perlu kita ikut yg mana telah diamalkan oleh petani negara jiran kita sejak berpuluh tahun yang lalu. Semua ini adalah dari pengalaman saya berulang alik mempelajari ilmu pertanian di Thailand sejak 15 tahun yang lalu.. Harap Dato Seri dapat melakukan perubahan ini demi memajukan org org kita yg agak ketinggalan...

Post a Comment