|         Langgan RSS

12.2.10

1 DEK KERANA PEMIMPIN DUA ALAM...!!!

Bookmark and Share
Gambar : Zahrain Mohamed Hashim (kanan)mengumumkan dirinya meletak semua jawatan dan keluar daripada PKR berkuat kuasa serta-merta semalam.

Parti yang berjaya menjadi penghubung antara PAS dan DAP adalah PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, PEMIMPIN DUA ALAM!! Tanpa PKR, DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja kerana jelas perjuangan mereka tidak sehaluan. PAS memperjuangkan soal Islam..Negara Islam..DAP kata, langkah mayat dia dulu. PAS kata arak itu haram tapi DAP kata arak itu tidak haram. Tapi mengapa hari ini, PAS dan DAP boleh duduk semeja dan berkompromi dengan isu-isu yang sebegini...???? Ini adalah kerana PKR yang menghalalkan cara!

Saya bersetuju dengan Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen PKR yang juga merupakan sahabat seperjuangan saya 25 tahun yang lalu dalam Kelab UMNO Luar Negara. Saya merupakan Presiden KULN UK manakala dia pula presiden KULN New Zealand.

Kata beliau,
"tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 8 Mac 2008 sehinga kini membuktikan sikap ANGKUH,SOMBONG,CHAUVINIS,EKSTREMIS serta DIKTATORIAL yang bukan sahaja KETERLALUAN,malah BERCANGGAH DENGAN SEMANGAT dan PERSEFAHAMAN di antara KOMPONEN PARTI PAKATAN PEMBANGKANG."

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru pula mengisytiharkan letak semua jawatan dalam parti dan keluar dari PKR berkuat kuasa serta merta semalam kerana tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’.

Kata beliau,‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya!”

Katanya, semasa beliau dijemput oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai parti itu dulu, beliau yakin PKR berjuang untuk reformasi dan perubahan tanpa berkompromi dengan nilai-nilai bangsa serta agama.Kini beliau ragu dengan matlamat dan cara perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang kerana bekerjasama dengan DAP yang disifatkannya mengamalkan politik sempit.Ini dapat dilihat melalui gaya kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membelakangkan orang Melayu beragama Islam khususnya golongan penjaja di negeri itu dan dasar cauvinis dan ekstremis yang dibawa DAP di negeri itu turut dibuktikan dengan tindakan Guan Eng mempolitikkan institusi Islam seperti pusat zakat baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim dan Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohd. Ali hadir bersama beliau sewaktu pengumuman itu dibuat.

Tengokkkk!!!! Sebelum ini saya dikatakan berpropaganda apabila beratus-ratus ahli PKR di Selangor keluar parti. Hari ini,saya pulangkan kepada rakyat di luar sana untuk menilai. Jikalau pemimpin-pemimpin PKR, parti yang menjadi jambatan kepada PAS dan DAP duduk semeja pun telah nampak dan sedar tipu muslihat yang sedang berlaku..kenapa PAS masih menjadi pengikut yang buta mata dan pekak telinga.....??????

Hari minggu makan pengat...Sendiri mau ingat! Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir...Sendiri mau pikir..!!!

1 Komen:

Rafie said...

Kerajaan Islam Dap Perak (krn yg baring tengah jln adalah or melayu dan islam)dah tumbang melalui idea 16 Sep Anuar Ibrahim sendiri. Tapi bila idea tersebut berbalik menikam mereka terjerit2 la penyokong PR tak keruan.Kini Kerajaan Islam pas di PP pulak tak keruan krn KM dah terpengaruh dgn gaya politik kuku besi nik aziz dlm pas yg dah tak peduli dgn pemimpin pas yg lain krn rasa pengaruhnya kuat dlm pas dan kekal kelantan dlm genggaman selama 20 thn. tapi akhirnya anaknya menjerit2 krn tiada pemimpin pas yg bela bapanya bila berbagai hal tungganglanggang bapanya mentadbir kelantan terbuka. harap UMNO tidak terpengaruh dgn bisikan setan tua yg kononnya nak berbincang dgn umno setelah org melayu makin menyampah dgn partinya krn sikap tak keruan pemimpin mereka.

Post a Comment