Sehubungan itu, FAMA sebuah agensi di bawah kementerian telah mengambil inisiatif bagi mengadakan conference ini untuk memberikan maklumat pasaran kepada sektor awam dan swasta yang terbabit dalam rantaian bekalan makanan.
Saya dengan besar hati menjemput kawan-kawan di luar sana yang terdiri dari pengusaha-pengusaha IKS, pengeksport, perantara pasaran, penyelidik, ahli akademik, pelajar ataupun rakan dari agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama terlibat dengan program ini bagi meningkatkan kefahaman tentang peluang di bidang pertanian dan perniagaan makanan di pasaran domestik dan antarabangsa. Saya kira, inilah peluang terbaik untuk kita duduk berbincang mengenai isu dan kesan pengurusan rantai bekalan makanan,kualiti mahupun trend permintaan pengguna.
Saya yakin program ini dapat menjadi platform kepada para peserta mendapatkan garis panduan untuk berjaya dalam bidang pertanian dan industri makanan seterusnya mengembangkan jaringan perniagaan masing-masing.
Kepada yang berminat, sila hubungi pegawai-pegawai saya untuk mendaftar. Semoga kita dapat bertemu di sana nanti..!
Tempat : Dewan Tun Dr.Ismail, PWTC
Tarikh : 23hb Feb 2010
Jam : 8.30pg - 5.00ptg
Talian : 03-61262027 @ 03-61262159.






2 Komen:
salam. saya sangat berminat utuk menyertai conference ini.saya call talian diatas untuk mendaftar tapi no answer. Saya harap pagi isnin nnti saya dibenarkan menyertai conference nie. thanks
Conference yang bagus sekali. adalah lebih baik jika pihak kemen. jalankan pada hari sabtu / ahad memandangkan ramai juga rakyat berminat untuk pergi tetapi masih bekerja.di harap dapat dilakukan pada hr sabtu / ahad utk conference akan datang....
Post a Comment