|         Langgan RSS

2.1.10

0 UMNO Selangor Muflis Pemimpin..???

Bookmark and Share
Saya ingin merespon kepada komen Y.Bhg.Prof. Datuk Zainal Kling dalam Akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa hasrat UMNO Selangor untuk ‘merampas semula’ negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tidak akan tercapai kerana UMNO Selangor dilihat tidak mempunyai calon pemimpin yang berwibawa serta menonjol untuk menerajui Selangor dan faktor itu dilihat mengapa UMNO kurang mendapat kepercayaan rakyat untuk mentadbir Selangor.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas komen, kritikan dan pandangan yang diberikan oleh Y.Bhg Prof. Datuk Zainal Kling, seorang penganalisa politik. Sesungguhnya..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul. Saya menerima kritikan itu dengan terbuka tetapi jangan sampai ianya menafikan usaha pemimpin-pemimpin UMNO Selangor yang sedang bekerja keras melaksanakan pelbagai program untuk manfaat dan kebaikan rakyat Selangor. Jika diselak surat khabar khususnya akhbar tempatan, saban hari ada sahaja ulasan-ulasan mengenai program yang dianjurkan oleh pemimpin Umno Selangor di setiap bahagian. Malah lebih banyak dari program yang dilakukan oleh Parti Pakatan rakyat.

Bagi memperkasakan umno Selangor itu sendiri, kita telah bertindak proaktif dengan melaksanakan Program Retreat UMNO Selangor pada April yang lalu..lebih awal dari retreat yang dibuat oleh UMNO Malaysia. Di samping itu, setiap bulan kita mengadakan ‘brain storming’ bagi memastikan agenda parti tercapai. Kita juga menubuhkan Jawatankuasa Permuafakatan yang mana saya sendiri telah bertindak untuk program turun padang ke setiap bahagian UMNO di Negeri Selangor. Perlu kita ingat, semua pihak mempunyai strategi masing-masing.,.tapi tak kan semua strategi itu kita nak war-warkan kepada umum..

Usaha kita itu, telah mula menampakkan hasil yang positif. Baru-baru ini seramai 600 orang ahli Parti Keadilan Rakyat Ijok iaitu kawasan naungan Tan Sri Khalid Ibrahim, kubu kuat MB Selangor itu sendiri telah mengisytiharkan keluar parti beramai-ramai dalam satu majlis yang dihadiri oleh saya sendiri.

Label 3L..Lagak, Laga dan Leka..yang diberikan kepada BN dan UMNO oleh Prof. Datuk Zainal Kling juga telah memberi ruang kepada pembangkang untuk terus memandang rendah kepada BN dan UMNO. Hari ini, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Yaakob Sapari pula melabelkan BN dan UMNO dengan 3H...Halal, Haram dan Hentam. Bukan takut dengan asakkan atau tidak boleh menerima kritikan tapi janganlah terlalu mudah menghukum. Memang tidak dinafikan kita mempunyai kelemahan tetapi adalah tidak adil memberi komen politik dengan melihat kepada keburukan dan kelemahan semata tanpa menampakkan segala usaha dan kebaikan yang telah dilakukan.

Saya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor juga turut dikatakan tidak mempunyai kredibiliti mengetuai cabaran menawan kembali Selangor kerana saya tidak mendapat sokongan dari akar umbi. Bagi saya, siapa yang memimpin UMNO Selangor tidak penting. Yang penting, perpaduan dikalangan ahli UMNO itu sendiri kerana ia menjadi tunjang kepada perjuangan dan misi menawan Selangor. Ramai lagi pemimpin UMNO Selangor yang boleh ditonjolkan untuk memimpin tidak semestinya saya seorang sahaja tetapi oleh kerana tanggungjawab ini telah diamanahkan kepada saya, maka saya akan cuba lakukan yang terbaik. Tidak ada masalah untuk saya terus menjadi makmum kerana selama ini pun, sudah lebih 20 tahun saya menjadi pengikut di Negeri Selangor. Jadi, berkenaan dengan isu tidak mendapat sokongan dari akar umbi ini..saya serahkan kepada ahli UMNO di peringkat akar umbi sendiri untuk membuat penilaian dan penentuan kerana hanya mereka yang tahu apa yang telah saya lakukan.

Kepada Y.Bhg.Prof Datuk Zainal Kling, terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kritikan, komen dan pandangan itu. Saya menerimanya dengan terbuka. Saya mengalu-alukan kritikan dan pandangan lain dari Prof.Datuk Zainal serta pembaca di luar sana tetapi biarlah kritikan membina dan pandangan yang positif untuk kebaikan bersama.

Saya lontarkan persoalan di sini, jikalau UMNO Selangor dikatakan mempunyai sindrom ‘3L’ dan saya tidak mendapat sokongan akar umbi...bagaimana pula saya dan rakan-rakan berjaya menggempur kawasan Ijok, Dun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, menyebabkan orang kuat MB sendiri bersama 600 orang yang lain telah bertindak mengisytiharkan diri keluar dari Parti Keadilan Rakyat...??? Apa pandangan Y.Bhg.Prof.Datuk Zainal Kling dan rakan bloggers dan FB di luar sana...???

0 Komen:

Post a Comment