|         Langgan RSS

26.1.10

5 Stok Beras Negara Mencukupi

Bookmark and Share
Gudang BERNAS di Port Klang...


Stokpail kerajaan..


Pastikan beras ST15 yang dikeluarkan ini adalah terdiri dari ST15 temapatan dan bukan campuran dengan beras ST15 dari negara lain yang lebih rendah kualitinya berbanding ST15 tempatan.


Ikhlas..sumbangan yang diberikan oleh BERNAS kepada golongan yang memerlukan seperti yang menjadi mangsa bencana alam..



Melihat figurasi stok beras negara yang ada dalam simpanan sebelum bermula 'press conference'.


Sekembali dari lawatan ke Indonesia..saya terus membuat lawatan mengejut ke kilang dan gudang-gudang BERNAS. Tindakan pantas ini lahir dari rasa bimbang dihati saya setelah melihat siaran-siaran TV Indonesia memaparkan berita mengenai krisis beras yang sedang dihadapi oleh mereka menyebabkan harga beras di sana telah naik sehingga 6 ribu rupiah dan keadaan ini telah mencetuskan demonstrasi jalanan oleh rakyat Indonesia.Saya terfikir...sekiranya perkara ini boleh berlaku di Indonesia,tidak mustahil ia juga boleh berlaku di Malaysia kerana keadaan yang sama juga telah berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan sebagainya.

Oleh sebab itu saya terus membuat lawatan mengejut ini bagi memastikan tidak timbul masalah kekurangan stok beras di dalam negara dan juga masalah kenaikkan harga beras. Di Malaysia, kerajaan kita ada menubuhkan stokpail beras yang telah diluluskan oleh kerajaan sebanyak 250 ribu metrik tan dan dalam masa sama, BERNAS juga mempunyai stokpail nya sendiri. Dalam taklimat yang diberikan oleh BERNAS, saya berpuas hati kerana stok yang ada mencukupi dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan untuk tempoh 6 bulan.

Saya juga turun sendiri untuk melihat dengan lebih jelas definisi beras ST15 peratus. Saya difahamkan beras ini berbeza-beza dari setiap negara. ST15% tempatan jauh lebih baik dengan ST15% dari negara-negara lain. Saya ingin memberi penekanan kepada beras ST15% ini. ST15% yang berada dipasaran mestilah ST15% dari tempatan kerana ST15% dari luar negara lebih rendah kualitinya. Saya memberikan penekanan ini kerana banyak mendapat aduan dari orang-orang yang kurang berkemampuan di luar sana yang mengadu..mereka membeli ST15% dengan harga yang sama..tetapi disebabkan kualiti yang tidak sama...nasi yang dimasak telah menjadi cepat basi. Saya rasa telah berlaku ketidakadilan di sini. Sehubungan itu,saya telah meminta pihak kementerian membuat penguatkuasaan agar beras ST15% yang dijual dipasaran adalah terdiri dari beras ST15% tempatan.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa..beras ST15% ini juga adalah beras yang diberi subsidi oleh kerajaan lebih kurang RM50 juta sebulan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan mempunyai kuota sebanyak 30% dari jumlah beras dipasaran.Bagaimanapun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah bertindak menukar beg beras atau dengan kata lain istilah tukar baju.. ST15% kepada beg beras ST10 atau ST5 dan dijual dengan harga yang lebih tinggi. Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang terlibat sekiranya didapati berbuat demikian.Setakat ini tindakan menarik balik lesen pembekal telah dilaksanakan terhadap pemborong yang tidak bertanggungjawab ini.

5 Komen:

anak jati meru said...

Assalamualaikum dato
sekadar ingin bertanya.
Apakah status permohohan subur yg telah di hantar dari pejabat penyelaras dun meru N42... ramai yg bertanya...
Email:nizam_9090@yahoo.com

Tabie said...

Saya ucapkan syabas diatas keprihatian Dato' dalam menangani "permasalahan" rakyat ini. Tindakan segera memastikan bekalan beras mencukupi oleh Dato' boleh diibaratkan "prevention better than cure.". Namun demikian, mengapa setelah melihat negeri orang baru tersedar keadaan negeri sendiri? Isu beras ini hanya satu isu dari ratusan isu lain yang memerlukan perhatian & tindakan segera Dato'. Saya kira Dato' memerlukan "pembantu" yang dapat menyedarkan (alert) Dato' tentang isu-isu kritikal biarpun pahit untuk didengar, bukan sekadar mengampu dgn berita2 yg manis bermadu...kerana sebenarnya itulah kita orang melayu yg memerlukan perubahan!

kai said...

Assalam.... saya sgt ingin mengucapkan tahniah kepada datuk kerana berjaya dalam menangani isu beras ini tetapi saya rasa isu ini akan dapat di atasi jikalau kita dapat menghasilkan beras yang bermutu dan tidak mengikut musim seperti contohnya di thailand keluaran beras mereka sentiasa berada di pasaran dan tidak pernah putus malah berkualiti tinggi oleh itu saya rasa sudah sampai masanya kita pelajari agro tanaman mereka. Dalam hal demikian saya rasa pernah saya terbaca diakhbar MEGA Utusan yg bertajuk "Rahsia Kejayaan Pertanian Di Thailand" yg disiarkan pada 16 Oktober thn lalu sepertimana di jelas oleh seorg Konsul Besar Thailand katanya, negara berkenaan memanfaatkan baja utk melakukan tranformasi industri pertanian dan nama baja yg digunakan ialah Baja Silikon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan. Oleh itu saya harap kerajaan Malaysia dapat menggunakan baja ini sebagai satu tranformasi pertanian di Malaysia pd masa kan datang. Sekian... terima kasih. seorg yg prihatin terhadap pertanian negara.

zzkasim said...

syabas Dato Seri kerana prihatin dan dapat mengekalkan tahap sekuriti makan dalam negara kita ketahap selamat. Jika negara kita kaya sekali pun, sekuriti makanan adalah suatu perkara yg perlu di ambil berat. Saya ingin berkongsi pengalaman semasa sessi taklimat saya kepada Pengarah Jabatan Pertanian Brunei pada bulan Disember yg lalu dimana pada waktu ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Hasanal Bolkiah telah menyatakan rasa bimbangnya tentang tahap sekuriti makanan terutama pengeluaran beras tempatan yg dikenali "padi Laila" yg tahap pengeluaran hanya mencapai 3% sara diri dengan bergantung selebihnya kepada beras impot. Baginda Sultan telah menekankan agar Jabatan Pertanian Brunei mempertingkat tahap pengeluaran beras dengan membuka lagi kawasan baru dan mempertingkatkan teknologi di bigang ini. Dengan sasaran mencapai 20% pada tahun 2010 dan 60% menjelang tahun 2015. Iktibar yg kita dapat disini ialah walaupun Brunei sebuah negara yg kaya tetapi sekuriti makanan adalah sangat penting di ambil perhatian kerana jika terjadinya bencana alam, peperangan dan sebagainya, maka akan menjadi masaalah kepada rakyat jelata seluruhnya....

zzkasim said...

salam Dato Seri yg saya kasihi,
semalam saya diberi peluang memberikan taklimat berkenaan tanaman padi di kawasan semanggol daerah kerian,Perak.Saya merasakan amat bertuah kerana berpeluang menyampaikan sesuatu yg amat penting diketahui oleh mereka yg sepatutnya tahu yg mana mempunyai "direct contact" berurusan terus dengan petani.
Sessi semalam 23hb.Feb,2010 dihadiri oleh Timbalan SUB padi & beras dari Kementerian iaitu En Zainuddin, Pengarah Mardi negeri Perak,Dr Zambri, Pengarah Pertanian negeri, Pengarah IADA Kerian Sg Manik dan beberapa org lgi pegawai dan kaki tangan jabatan dan agensi kerajaan yg terlibat.
Saya sebagai penasihat dan pemantau kepada projek test plot yg dilakukan dengan 2 org usahawan tani tempatan bertanggung jawab memberikan tunjuk ajar dan teknik teknik yg lebih baik dengan niat dapat memberikan satu pembaharuan iaitu menjadi petani dengan "ilmu".
Sebagai membuktikan kemajuan di test plot ini, pada hari itu juga sama sama disaksikan operasi penuaian di plot percubaan dan berlakunya peningkatan hasil dari 6.5 Mt/Ha kepada 9 MT/ha & 9.5 Mt/Ha di 2 lot percubaan.
Walau bagaimana pun kawasan kawasan lain yg diusahakan oleh petani biasa hanya mencapat 3 ke 4 Mt/Ha sahaja sebelum ini.
Ini adalah hasil tertinggi dikawasan ini pada ketika ini dan projek ini mendapat perhatian dan sokongan dari pegawai pegawai yg hadir pada masa itu sebagai membuktikan dengan mempertingkatkan teknik & teknologi disamping menggunakan baja organik sebagai sebahagian dari input yg digunakan dapat meningkatkan hasil lebih dari biasa.
Pendekatan yg saya sampaikan kepada hadirin yg hadir semalam adalah dengan menekankan bahawa faktor tanah memainkan peranan utama didalam menjayakan tanaman dan meningkatkan hasil.Sekiranya kesuburan tanah dapat dipulihkan pada setiap musim menanam, maka penggunaan baja kimia dapat dikurangkan, boleh memberi peluang kearah penggunaan baja organik sepertimana dizaman dahulu dengan jalan penyelesaian kembali ke asal iaitu tanah.Baja hanya menjadi faktor sekunder yg membantu kejayaan tanaman. Sesat dihujung jalan..balik ke pangkal jalan. Banyak lagi yg perlu diketahui yg sepatutnya diketahui oleh petani petani kita... Semoga YB Dato Seri dapat melakukan perubahan itu dengan ketara sekali dalam masa terdekat ini.. wassalam

Post a Comment