|         Langgan RSS

8.1.10

3 Serah Senarai Subur Sebelum 15 Feb

Bookmark and Share
TANJONG KARANG, 7 Jan -- Semua senarai nama dan borang permohonan mereka yang layak menerima bantuan di bawah program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) perlu diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selewat-lewatnya 15 Feb ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) perlu menghantar senarai dan borang itu bagi membolehkan kementerian mengemaskini senarai penerima subsidi beras itu yang pelaksanaannya kini ditangguh.

"Kalau kementerian tidak menerima senarai daripada MPPP ni, kita akan gunakan nama-nama yang sedia ada pada kementerian (iaitu 248,000 keluarga yang berdaftar dengan kementerian setakat ini),"

Terdahulu, Noh merasmikan Bengkel Keusahawanan Pemasar Tani Parlimen Tanjung Karang, di sini hari Khamis. Pelaksanaan Subur yang sepatutnya dibuat pada 1 Dis lepas, ditangguh berikutan terdapat sesetengah pihak yang meminta kerajaan memastikan tiada golongan sasar yang tercicir.

MPPP ditubuhkan di semua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk mengukuhkan pelaksanaan pembangunan industri pertanian negara sehingga ke peringkat akar umbi. MPPP diterajui sama ada oleh anggota Parlimen kawasan, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ketua Parti Komponen Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen pembangkang.

Sumber : BERNAMA

3 Komen:

Black Ninja said...

Pengarah LPP Negeri Kedah,Perak dan Selangor adalah penyokong parti pembangkang yang tebal fahamannya.Boleh Pak Menteri siasat dengan adil dan saksama.Ketua Pengarah LPP akan melindungi mereka.Telah menjadi amalan, mereka akan dilindungi.Saya tidak membuat tuduhan,hanya saya minta siasatan dibuat untuk memperkasakan parti pemerintah.Saya tidak mahu mereka berselindung di bawah jawatan dan jabatan dan apabila berlaku pilihanraya,mereka akan bertindak.Siasatan harus dilakukan oleh pihak kementerian sendiri dengan berjumpa dengan kakitangan diperingkat akar umbi.

Saya akan bantu menteri menjalankan tugas.Ada perkara-perkara yang diadukan pada menteri yang bocor ke LPP terutamanya ke pengetahuan pegawai-pegawai kanan LPP.Pak Menteri harus berjaga-jaga dengan pembantu khasnya dari LPP.Minta mereka berhenti,jika telus.Ikut sistem jepun.Karier kita mati bersama pemimpin.

Yaziz said...

YB Dato,

Memang UMNO berjaya menyampaikan hasrat kepada penduduk Malaysia khasnya bahawa kita sebagai ahli-ahli UMNO memang ikhlas mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat, mendengar keluh kesah mereka dan membantu setakat yang termampu. Itulah mesaj yang mahu UMNO sampaikan di Bukit Sentosa dan alhamdulillah mesej ini telah berjaya di panjangkan kepada para pengundi.

Bukit Sentosa merupakan kawasan pembangunan baru di utara Selangor yang menghadapi kekangan pembangunan disegi prasarana yang tidak lengkap dan pembangunan yang terbantut jika dibandingkan dengan lain-lain kawasan di Selangor. Sebagai penduduk peneroka di Bukit Sentosa yang telah menduduki kawasan ini hampir 16 tahun yang lalu, saya dan rakan-rakn dalam UMNO di Gugusan Bkt Beruntung, Gugusan Bukit Sentosa dan Gugusan Taman Bunga Raya telah berusaha untuk memperbaiki keadaan di kawasan ini. Keadaan mula berubah tapi sayang apabila kerajaan Barisan Nasional Selangor jatuh pada PRU yang lepas, semua usaha ini telah terbantut.

Tahun 2010 rupanya membawa rahmat kepada kesabaran penduduk-penduduk di kawasan ini kerana apabila kawasan ini terpilih sebagai tempat pelancaran Program Juara Rakyat di peringkat nasional. Tiba-tiba angin perubahan mula bertiup. Masalah “flat hantu” dengan kerosakan bumbung yang amat teruk telah banyak kali di dedahkan dalam akhbar-akhbar tempatan sejak sekian lama. Banyak pemimpin dari BN mahupun PR telah datang melawat tapi pembaikan yang diharapkan terlalu lambat untuk berlaku. Sehingglah YAB Perdana Menteri DS Najib datang melawat pada 9/1/2010 yang lalu dan meluluskan peruntukan khas serta merta sebanyak RM15.6 juta untuk memperbaiki kesemua 52 blok flat yang telah mengalami kerosakan bumbung ini.

Banyak lagi masalah prasarana yang perlu diselesaikan di Bukit Sentosa/Bukit Beruntung ini. Tapi untuk berlaku adil, kita minta lah kerajaan negeri PR pula yang menangani usaha-usaha ini. Lagi pun bukankah mereka juga yang mendabik dada sebagai juara rakyat sejak sekian lama?

Kepada YAB Perdana Menteri, kami sebagai penduduk Bukit Sentosa ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian Datuk Seri untuk bersama-sama berkongsi keresahan kami di sini. Tak lupa juga Dato Noh Omar dan semua yang terlibat dalam UMNO Selangor termasuk YB Dato Satim, YB Dato Mohd Idris dan YB Isa Abu Kassim dalam mengendalikan program Juara Rakyat ini. Untuk Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, kami ingin mengucapkan jutaan terima-kasih yang tak terhingga kerana memilih Bukit Sentosa sebagai tempat pelancaran program pertama Juara Rakyat ini. Selepas ini Bukit Sentosa akan dikenali ramai di seantero Malaysia!

Teruskan segala usaha ini. UMNO mesti berkerja lebih keras untuk terus menjadi juara bagi membantu rakyat yang memerlukan pembelaan.

Hidup UMNO!

Noh Omar said...

Terima kasih Yaziz atas semangat,sokongan dan doa yang diberikan..semoga segala usaha murni kita ini akan mendapat keberkatan Allah SWT.Terima kasih dan tahniah juga saya ucapkan kepada rakyat di Hulu Selangor khususnya di Bukit Sentosa yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan program ini bukan sahaja berjalan lancar malah berjaya mencapai objektif.Syabas!

Post a Comment