|         Langgan RSS

6.1.10

2 Noh Tidak Bermimpi..!!

Bookmark and Share
“Noh Omar jangan bermimpi di siang hari untuk meneruskan rancangan merampas Selangor dari PR. Sebagai Menteri, dia gunakan wang kementerian untuk mengembangkan pengaruh politiknya...” Sedap sungguh Suhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda, Selangor mengata saya dalam Akhbar Sinar Harian semalam sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah dan Galakan Kepada Pelajar Cemerlang UPSR, PMR dan SPM.

Betapa dangkal beliau menuduh saya menggunakan duit kerajaan untuk meraih pengaruh politik diri sendiri. Saya ingin bertanya kepada En.Suhaimi, selama ini..semua program kebajikan di Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor..dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, termasuklah program Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah yang beliau rasmikan ini...menggunakan duit siapa? Adakah menggunakan duit poket beliau sendiri..?? Menteri Besar Selangor menghulurkan sumbangan di sana-sini.. Adakah itu menggunakan duit dari poket MB sendiri? Kalau benarla ada sumbangan diberikan, sudah tentu itu adalah duit Kerajaan Negeri..duit rakyat! Terbukti Kerajaan Pakatan Rakyat juga menggunakan duit kerajaan negeri, duit rakyat untuk menyebarkan pengaruh politik mereka. Paku dulang, paku serpih, jangan mengata orang kalau kita yang lebih!

Saya menyeru kepada pemimpin dari Pakatan Rakyat..berhentilah dari terus menipu rakyat. Cukuplah setakat Menteri Besar Selangor sahaja menipu dan mengelirukan DYMM Sultan Selangor. Saya masih ingat, sewaktu pertama kali MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun DYMM Sultan pada tahun lepas..saya hadir dalam majlis itu dan saya dengar dengan telinga saya sendiri bahawa MB Selangor menyatakan, Kerajaan Selangor akan mendapat RM140 juta hasil dari jualan pasir. Tapi baru-baru ini dalam pengumuman yang dibuat, kita dimaklumkan hanya RM26 juta sahaja yang diperolehi. Apa sudah jadi..?? Patutlah DYMM Sultan menegur MB Selangor agar jangan banyak berjanji..membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat. Kalau DYMM Sultan pun dia boleh tipu..apalagi rakyat yang berada di luar sana..

Jadi di sini, saya minta saudara Suhaimi agar menasihati MB Selangor termasuklah diri anda sendiri..supaya jangan lagi menggunakan duit rakyat atau duit kerajaan dalam menganjurkan majlis-majlis di Negeri Selangor. Tidak mengapalah kalau saya bermimpi di siang hari..asalkan ia mimpi yang menjadi..dari ditipu Pakatan Rakyat yang bermimpi syok sendiri..!!

2 Komen:

sahromnasrudin said...

YB Datuk Seri, pastikan Selangor kembali ke pangkuan BN pada PRU-13 nanti...
Saya yakin dengan dokongan kuat UMNO Selangor yang diterajui oleh YAB PM, serta YB Datuk Seri sendiri, kita pastikan Selangor digenggam oleh BN semula

Noh Omar said...

terima kasih sahrom..sokongan anda memberi kekuatan kepada saya untuk terus bekerja.marilah kita sama-sama berusaha untuk mencapai misi itu.

Post a Comment