|         Langgan RSS

14.1.10

4 Lawatan Kerja ke Indonesia.

Bookmark and Share
Semalam bermula lawatan rasmi saya ke Indonesia. Adat tetamu berkunjung..saya telah membuat Kunjung Hormat kepada Menteri Pertanian Indonesia dan juga Kunjung Hormat kepada Menteri Kelautan Dan Perikanan Indonesia. Alhamdulillah, perjumpaan dengan kedua-dua menteri ini telah berlangsung dengan baik. Pelbagai isu pertanian kedua buah negara telah dibincangkan termasuklah peluang-peluang perniagaan dan permohonan Malaysia untuk mengimport ternakan lembu dan beras. Kami juga telah membincangkan tentang industri Seaweed atau Rumpai Laut. Tidak ketinggalan juga industri Ikan Hiasan yang semakin mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pada sebelah malamnya pula saya telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta. Seramai 300 orang pelajar Malaysia telah hadir di majlis ini untuk bermesra dan berdialog secara empat mata dengan dengan saya bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat tentang pelbagai isu yang melibatkan negara kita, Malaysia.

Hari ini saya telah tiba di Sulawesi untuk meneruskan lawatan ini..berjumpa dengan Gabenor Sulawesi Selatan bagi mengadakan satu lagi perbincangan mengenai industri pertanian dan perkara-perkara lain yang seiring dengannya serta menandatangani dua MOU yang pertanian antara pihak MARDITECH dan ASSPERLI juga antara pihak MARDI dan UNHAS. Peluang yang ada juga akan saya gunakan untuk melawat sawah padi di Bantimurung yang dikatakan antara sawah padi terbesar dan menjadi mata pencarian utama penduduk di sana. InsyaAllah..di lain kelapangan nanti, saya akan menulis lagi pengalaman dan hasil dapatan lawatan kerja di sini untuk dikongsi dengan rakyat di Malaysia..

- dalam perjalanan ke sawah padi Bantimurung-

4 Komen:

sahromnasrudin said...

tahniah YB Datuk Seri, jgn luper titipkan semua info yg datuk seri perolehi ke agensi2 di bawah seliaan datuk seri..yg penting, pertanian adalah perniagaan..

azman said...

Salam YB Dato' Seri,

Industri burung walet Indonesia mungkin juga boleh YB Dato' Seri kunjungi. Mereka mempunyai lebih kepakaran.

Terima Kasih YB.

pianzp said...

Salam YB Dato' Seri,

Industri pertanian bumiputra kita masih di bawah paras yg rendah apatah lg di bidang sayuran. Bolehkah kami yg segelintir ini memohon kerjasama dari Dato' Seri untuk mendapatkan maklumat2 serta kerjasama dari MOA untuk membangunkan lg bidang pertanian bumiputra ini..

Kami amat berharap kerjasama dari Dato' Seri

Terima Kasih YB

Dari : RIQZ AGRO SDN BHD

khairul said...

Salam YB Dato' Seri,

tahniah diatas usaha dan kesungguhan dato seri untuk memajukan industri pertanian, saya begitu berminat tentang proses pengimpotan ikan hiasan dari kalimantan barat.... bagaimanakah caranya?

Post a Comment