15.1.10
2 Lawatan Kerja ke Indonesia - Hari ketiga.
Hari ini saya tiba di Gorontalo, sebuah wilayah di Sulawesi Utara, Indonesia. Berjumpa dengan Gabenor Gorontalo untuk misi yang sama iaitu membincangkan isu pertanian dan peluang kerjasama antara kedua buah negara dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Selepas ini saya akan melawat ke projek tanaman jagung dan livestock mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






2 Komen:
Salam,
Semogo Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar sihat sejahtera hendaknya. Saya, Azman Bin Rosman dari Banting, Selangor.
Ada sedikit berita yang AMAT mendukacitakan para petani dan penternak yang memohon skim E-spi Agrobank. Mungkin Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar telah mengetahui bahawa skim E-spi itu buat masa ini telah dibekukan buat sementara waktu. Namun bila akan diberikan semula tidak dapat di jawab oleh kakitangan Agrobank. Ini telah mencetuskan dilemma yang amat besar di kalangan pentani dan penternak malah mungkin mematikan semangat mereka yang ingin menceburi bidang pertanian dan penternakan di Malaysia.
Pada masa ini, begitu ramai petani dan penternak yang amat memerlukan pinjaman mereka di bawah skim E-spi untuk membiayai projek-projek mereka. Saya dimaklumkan kakitangan Agrobank terlalu banyak pertanyaan yang diterima berhubung skim tersebut. Tidak kurang juga yang memarahi kakitangan-kakitangan Agrobank. Namun demikian saya memahami kakitangan Agrobank hanyalah menjalankan tugas mereka sepertimana diarahkan oleh pihak atasan. Ramai yang demam teruk seperti saya apabila mengetahui skim E-spi dibekukan, ada yang sudah berjanji mahu membayar duit-duit baja, racun, peralatan, pembelian kambing dan lembu dengan wang yang bakal diperolehi melalui skim E-spi.
Saya amat berharap Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar dapat memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap perkara ini. Nasib ribuan petani dan penternak kini berada ditangan Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar. Semoga bantuan Allah dapat diberikan melalui Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar.
Saya mendoakan semoga Y.B. Datuk Seri Noh bin Omar berjaya membawa bidang pertanian dan penternakan di Malaysia ini sebagai salah satu bidang yang dipandang tinggi masyarakat dunia. Insya Allah.
YB Dato Seri,
Didalam memajukan industri pertanian negara kita ini, YB Dato Seri tidak boleh hanya bergantung kepada agensi agensi kerajaan semata mata. YB Dato Seri perlu lebih peka kepada kehendak petani itu sendiri dan juga perlu mendengar pandangan dan kritikan pihak2 swasta dan org org yg diluar dari agensi kerajaan itu sendiri. Apabila kita cuma berkisar didalam kepompong kita sendiri maka kita tidak nampak apakah tindakan kita itu betul semuanya. Tetapi org org yg diluar dan sekeliling kita nampak jika kita tersilap dan juga petani, pekebun itu sendiri perlu di dengar apakah kehendak mereka. Sebagai contoh: Baja padi yg dibekalkan sebelum ini termasuk baja cecair semburan, kebanyakan petani itu sendiri tidak mahukan baja baja tersebut sebab mereka kata..... tak jadi apa apa pun. Sedangkan yg mereka mahu baja yg lain yg pernah diguna amat berkesan taapi katanya kerajaan bagi baja yg kita tak nak....Ini adalah apa yg saya dengar sendiri dari pengalaman saya menjadi penasihat bebas pertanian bergaul dengan petani dan org org kampung....Semoga ianya dapat memberikan sedikit idea kepada YB Dato Seri yg saya hormati...
Post a Comment