JUARA RAKYAT! Bukan ingin menjadi sombong atau menunjuk hebat tapi untuk memberi motivasi kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bekerja lebih kuat agar menjadi No.1 seterusnya menjuarai hati rakyat. Hari ini berakhirlah Program Juara Rakyat yang telah berlangsung selama 3 hari di Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Sesungguhnya program ini mendapat sambutan yang sangat hebat dan menggalakkan daripada rakyat yang datang dari serata tempat, pelbagai lapisan umur juga latarbelakang.
Program Juara Rakyat bermaksud, kita sentiasa menjuarai kehidupan rakyat, kita sentiasa menjuarai pembelaan rakyat, kita sentiasa menjadi johan dalam membangun rakyat, kita sentiasa di barisan hadapan untuk rakyat, kita sentiasa menjadi juara dalam hati dan minda rakyat dan rakyat sentiasa menjadi juara dalam perjuangan kita!
Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor menggamit orang ramai ke Program Juara Rakyat.
Rakyat sentiasa menjadi juara dalam perjuangan kita..
YAB Perdana Menteri :"Kita harus bersedia untuk bergerak secara bersepadu, menjangkau setiap aspek kehidupan rakyat sehingga ke akar umbi, dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Saya yakin dengan transformasi berteraskan gagasan 1Malaysia dan dengan tekad menjuarai perjuangan rakyat serta menjuarai pembelaan rakyat, InsyaAllah kita akan berjaya."
Selepas ini Program Juara Rakyat akan diteruskan perlaksanaanya di setiap 191 Bahagian UMNO seluruh negara pada setiap bulan yang akan melibatkan semua rakyat di kawasan masing-masing. Setiap Ahli Majli Tertinggi UMNO telah diberikan 5 Bahagian angkat setiap seorang bagi memastikan program ini terlaksana.Perlaksanaanya nanti akan dilaporkan dalam mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO.
Bersamalah kita berdoa agar usaha murni ini akan mendapat keberkatan Allah SWT dan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Salam 1Malaysia, Salam Juara Rakyat!!!






5 Komen:
TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA:
TAHNIAH UMNO:
BERGERAK DALAM RENCANA 1 MALAYSIA MENJUARAKAN RAKYAT MELALUI PENJANAAN GERAKAN DARIPADA GERAKAN SEPADU RANGKAIAN PIMPINAN UMNO.
TAHNIAH ! TAHNIAH !! TAHNIAH !!!
Terima kasih CLJ.Kerjasama dan keprihatinan rakyat diperlukan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.Marilah kita sama-sama bergerak ke arah kebaikkan 1Malaysia.
Pembiayaan Tekun. Permohonan yang dihantar pada 27.04.09 hingga 13.01.2010 masih tiada jawapan. Begini lah nasib usahawan wanita.
saudari ain sila emailkan nama penuh dan ic serta cawangan TEKUN yg anda mohon kepada rinie@moa.gov.my. TQ.
Salam YB,
Pemohon pinjaman skim ESP-i telah diberitahu bahawa pinjaman tersebut telah dibekukan untuk sementara waktu. Mohon YB dapat memberi perhatian sewajarnya. Nasib ribuan petani dan penternak di Malaysia kini ditangan YB.
Terima Kasih atas perhatian YB Dato Seri Noh Omar.
Post a Comment