|         Langgan RSS

2.1.10

6 Isu Kalimah Allah..

Bookmark and Share
Hangat diperdebatkan oleh semua pihak mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Isu ini telah menjadi tamparan hebat kepada orang Islam di Malaysia. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan rakan pembaca di blog ini..

Sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dahulu lagi..memang sudah ada cubaan dari mereka ini untuk menerbitkan akhbar tersebut di dalam Bahasa Melayu dan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya dengan alasan tuhan mereka juga ada bernama Allah. Tapi pada waktu itu kita berkeras untuk tidak membenarkan mereka menulis dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah Allah dalam akhbar tersebut. Mereka gagal..!!

Tapi hari ini..kita telah menyaksikan kejayaan mereka dalam memperjuangkan isu terbabit. Akhbar itu telah ditulis dalam Bahasa Melayu..Kalimah Allah juga telah dibenarkan penggunaanya dalam akhbar tersebut. Saya bukan hendak mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang hakimnya bukan Islam tetapi ingin mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak..mengapa hari ini tuntutan-tuntutan mereka ini berjaya..??

Tidak dapat dinafikan, senario ini berlaku dek kerana berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia dan perpaduan orang Melayu yang semakin lemah pada hari ini. Ditambah pula dengan adanya pemimpin Islam yang menyokong tuntutan seperti ini demi meraih sokongan politik mereka. Ini jelas apabila seorang pemimpin PAS, Y.B Khalid Samad pernah bercakap di parlimen mengenai sokongan beliau terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan gereja Katholik ini.

Jikalau benarlah PAS ini parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan tidak bersetuju dengan isu ini..saya mencabar pucuk pimpinan PAS untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang liberal dan telah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap isu berkenaan. Selagi PAS tidak berbuat apa-apa, selagi itulah PAS akan dilihat seolah-olah memberi galakkan kepada mereka yang terlibat dan terus bersetuju dengan apa yang dilakukan. Jangan kerana ghairah meraih sokongan politik pelbagai kaum dan agama..kesucian Agama Islam diperlekeh-lekehkan..!!

Jikalau PAS boleh mengambil tindakan dan tidak bersetuju kepada pimimpin yang hendak mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Melayu, mengapa PAS tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersetuju dengan isu ini seperti Y.B Khalid Samad dan penyokong lain yang seiring dengannya..???

6 Komen:

Yaziz said...

Salam Dato

Saya setuju dengan pandangan Dato. Bagi saya nampak jelas tentang kesepakatan masyarakat bukan Islam dalam Malaysia ini yang ingin merungkai semua yang telah diterima pakai di Malaysia sejak sekian lama.

Apakah dengan tidak menggunakan nama Allah maka orang2 di Sabah dan Serawak telah tergelincir iman kristian mereka? Bukankah Bumiputra kristian di Sabah dan Serawak mempunyai bahasa mereka sendiri dan kenapa pula bersungguh2 mereka mahu menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kitab mereka yang mana terjemahan 'God" dalam kitab mereka sebagai Allah? Memang nya mengarut sungguh!

Saya sebenarnya menganggap diri saya seorang yang amat berfikiran terbuka tapi saya tidak rela perkataan Allah dipermain-mainkan oleh orang bukan Islam. Jika kita orang Islam di Malaysia masih gagal melihat penyusupan jarum mereka2 yang berkepentingan dalam isu ini, hanya Allah yang dapat menolong kita dan keturunan kita pada masa depan.

Mereka telah sekian lama ingin memulas telingga kita dan peluang kemenangan mereka di PU yang lepas sedang digunakan sepenuhnya untuk melemahkan kita orang Islam. Lihatlah jarum mereka seterusnya jika mereka berjaya dalam isu ini.

Apa nak jadi dengan Malaysia ni? Ayuh bangunlah ahli2 UMNO semua demi untuk menyelamatkan Malaysia.

Ahli UMNO Bukit Sentosa

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Dato, jelasnya kenyataan rasmi Pas menunjukkan Pas masih berpolitik dgn isu ini - nampaknya Pas takut untuk buat buat kenyataan bahawa 1. bukan Islam tidak wajar menterjemah perkataan `God' sebagai Allah dan digunakan dlm mana-mana medium, termasuk penerbitan cetak atau on-line 2. bahawa keputusan tersebut perlu di rayu di mahkamah dan kpd DYMM Yang Dipertuan Agong - Malangnya umat Islam...

taatsetia said...

SO En Noh.. apa kita nak buat. kalau nak bercakap dan berbincang kan dah dibuat semenjak dari zaman kau di kementerian dulu...

APA BOLEH KAMI BUAT ? PIMPIN KAMI!!! APA boleh kami buat? BERI PETUNJUK!

Muhammad said...

ISU PENGUNAAN KALIMAH ALLAH :

1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
5Antara Celaru Dan Keliru
6Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

SHARIPUDDIN said...

Kita harus menghentikan pandangan-pandangan yang seolah-olah memberi gambaran bahawa orang Melayu Islam di Malaysia ini jahil tentang agamanya dan mudah tertipu dengan istilah.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada proses memperkukuhkan kefahaman tauhid orang Islam melalui proses dakwah dan tarbiyah yang lebih menyeluruh dan konsisten.

Kita jangan tertipu dengan hanya sibuk membina tembok pertahanan yang kononnya kukuh tetapi isinya rapuh.

hans said...

salam YB,

Orang katolik sebenarnya sudah mempunyai nama bagi tuhan mereka. nama tersebut adalah YHWH. Jadi kenapa orang catholic sibuk sangat nak guna nama Allah, nama yang maha suci dalam agama Islam. Mereka nak adopt nama Allah dan memberinya konsep triniti, kenapa?. Adalah tanggung jawab orang islam untuk memelihara kesucian nama Allah. Berbalik kenapa orang2 catholic tidak guna nama YHWH dalam bible terjemahan mereka?? Jawapanya mereka (catholic) sendiri dilarang menyebut atau menggunakan nama YHWH (nama tuhan mereka)kononnya bagi menjaga kesucian nama YHWH. Pelik sungguh mereka ini, berbeza dengan orang islam, yg digalakkan menyebut nama Allah dan memuji kesucian dan kebesaran nama Allah, tetapi mereka sebaliknya.

menurut "Vatican Congregation for Divine Worship and the Sacraments, dated June 29 2008"
rujuk website

http://www.catholicnews.com/data/stories/cns/0804119.htm

"By directive of the Holy Father, in accord with the Congregation for the Doctrine of the Faith, this congregation ... deems it convenient to communicate to the bishops' conferences ... as regards the translation and the pronunciation, in a liturgical setting, of the divine name signified in the sacred Tetragrammaton," said the letter signed by Cardinal Francis Arinze and Archbishop Malcolm Ranjith, congregation prefect and secretary, respectively.

The Tetragrammaton is YHWH, the four consonants of the ancient Hebrew name for God.

"As an expression of the infinite greatness and majesty of God, it was held to be unpronounceable and hence was replaced during the reading of sacred Scripture by means of the use of an alternate name: 'Adonai,' which means 'Lord,'"

......

"Apart from a motive of a purely philological order, there is also that of remaining faithful to the church's tradition, from the beginning, that the sacred Tetragrammaton was never pronounced in the Christian context nor translated into any of the languages into which the Bible was translated."
seterusnya
The two Vatican officials noted that "Liturgiam Authenticam," the congregation's 2001 document on liturgical translations, stated that "the name of almighty God expressed by the Hebrew Tetragrammaton and rendered in Latin by the word 'Dominus,' is to be rendered into any given vernacular by a word equivalent in meaning."

Ini mungkin juga bermakna semasa mubaligh catholic tiba di Borneo mungkin 400-500 tahun dulu, penduduk tempatan pada ketika itu adalah beragama Islam. Apakah kita nak biar sejarah hitam ini merebak di seluruh Malaysia. nama tuhan orang catholic adalah YHWH, tetapi mereka sendiri tidak dibenarkan mengguna nama tersebut, kerana Vatican bimbang nama tersebut tercemar. Apakah kita orang Islam diMalaysia nak biar paderi catholic kebebasan mencemar kesucian nama Allah??

Post a Comment