Pada hari minggu yang lalu..saya dan isteri berkesempatan bersama anak-anak Tanjong Karang yang dibawa berjalan-jalan untuk membeli belah pakaian dan peralatan sekolah di Pusat Membeli Belah Parkson Sunway Pyramid. Terima kasih kepada pihak Parkson yang sudi melayan karenah anak-anak kami.Seramai lebih kurang 120 orang anak-anak yatim dan kurang berkemampuan di Parlimen Tanjong karang menyertai rombongan yang telah dianjurkan oleh Ahli Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang. Program yang dianjurkan kali ini membawa sedikit kelainan kerana anak-anak ini dibawa ke Kuala Lumpur yang mana sebelum ini program seperti ini dilaksanakan di sekitar Tanjong Karang sahaja. Disamping pakaian dan peralatan sekolah, sedikit sumbangan wang tunai diberikan kepada mereka bagi melancarkan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan persekolahan. Semoga dengan sedikit bantuan persiapan persekolahan yang diberikan ini akan melancarkan urusan anak-anak kita menuntut ilmu dan menyuntik lebih banyak semangat untuk mencorak kejayaan cemerlang dalam pelajaran kerana saya sebagai ahli parlimen Tanjong Karang yang datang dari anak kampung..selalu saya ingatkan kepada mereka..hanya ilmu yang boleh mengangkat maruah dan martabat kita semua..!!
Wajah-wajah kegembiraan anak-anak kita..Sama-sama kita bentuk masa depan yang cemerlang buat mereka..Sesungguhnya..merekalah harapan bangsa..tonggak negara! Anak kita..Tanggungjawab bersama!
Tahniah kepada Ahli Pergerakkan Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang yang diketuai oleh Puan Salbiah yang telah bertungkus-lumus..berkorban masa bersama keluarga di hujung minggu bagi menjayakan program ini.Syabas!
Sebelum pulang, saya sempat meninjau gerai yang menjual anak ikan hiasan. Betapa zaman sudah berubah..zaman saya dulu..kami menangkap anak-anak ikan yang dijual tadi di sawah padi berhampiran rumah..tapi hari ini..tak perlu mencecah lumpur untuk mendapatkan anak-anak itu kerana sudah boleh didapati di pusat-pusat membeli-belah..





