Masyarakat Cina menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional. Terima kasih!
Saya terharu dengan sambutan meriah yang diberikan oleh masyarakat Cina di sini.
Menurunkan tandatangan..
Menyampaikan sumbangan...
Saya sempat beramah-mesra dengan pengundi-pengundi Cina.
Majlis Perasmian Perayaan Dewa dan makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Qi Jian Xian Shi di Kampung Nelayan, Pasir Penambang, Kuala Selangor berlangsung dengan meriah sekali.
Pada hemat saya, kehadiran pada malam itu..mungkin menjangkau 2000 orang yang mana rata-rata dari mereka nelayan di kawasan Parlimen Tanjong Karang. Sudah lama saya menantikan program sebegini kerana ia memberi peluang untuk saya bersama dengan rakyat khususnya masyarakat Cina. Kesungguhan mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional sangat saya hargai.
Pada malam itu, saya telah mengumumkan sumbangan sebanyak 20 ribu untuk tujuan membaik pulih Dewan Masyarakat Cina di Kampung Nelayan Pasir Penambang ini. Saya juga turut meluluskan peruntukkan ahli parlimen bagi menaik taraf jalan masuk ke Kampung Nelayan Pasir Penambang ini. Terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur. Salam 1 Malaysia!