|         Langgan RSS

26.10.09

9 Jom Ikut Saya !!!

Bookmark and Share
Tidak sia-sia saya menghabiskan masa di hari minggu semalam,hampir enam jam,dari jam 12.30tgh hingga 6.30ptg, melawat ke Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Banyak yang diperolehi dalam lawatan ini.Taman ini adalah ilham daripada Tan Sri Sanusi Junid dan dibangunkan secara bergotong-royong oleh kakitangan Kementerian Pertanian dan agensi di bawahnya pada 1986. Syabas kepada kakitangan kementerian di taman ini tidak kira dahulu dan sekarang yang telah mengurus taman tanpa kenal penat dan jemu.

Mula dibuka kepada orang ramai pada September 1989 dengan bayaran RM2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Masih diingat, saya sering membawa pelajar-pelajar ke taman ini bagi tujuan lawatan sambil belajar sewaktu berkhidmat sebagai guru dulu. Tempat yang pernah menjadi tumpuan orang ramai suatu ketika dulu menjadi agak suram sekarang walaupun ada pertambahan pelawat dari tahun ke setahun..mencari di mana kekurangannya..lalu saya turun ke padang. Satu tujuan - memantapkan lagi objektif asal taman ini iaitu menjadi kompleks pertanian dan universiti terbuka kepada orang ramai mahupun petani mempelajari selok belok pertanian di samping mewujudkan kemudahan rekreasi agar menjadi suatu tarikan pelancongan utama Malaysia.


Melawat Empangan Sungai Kuning. Terdapat aktiviti fly fishing. Mereka memancing menggunakan umpan bulu ayam. Menarik. Saya baru diberitahu bahawa di sini terdapat sebuah terowong misteri sepanjang 323 meter menembusi bukit setinggi 60 meter yang mana sehingga kini tiada siapa yang tahu bagaimana terowong ini dibina..satu tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar negara..kenapa tidak di war-war kan..?



Di bawah sana tu ada beberapa buah sangkar kayu yang sudah usang..saya mencadangkan kepada pihak pengurusan taman agar dibaik pulih sangkar itu dan dijadikan mini zoo yang boleh menempatkan haiwan-haiwan jinak seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya agar tempat itu tidak terbiar begitu sahaja..


Saya ke tapak paintball - Paintball Valley yang dibina atas tanah hutan simpan seluas 20 hektar dalam Taman Pertanian ini. Saya dimaklumkan ia adalah merupakan tapak paintball terbesar di Malaysia dengan mempunyai gelanggang yang berbeza antaranya Scorpion Nest, Lost World dan Opium Hill. Saya sempat bertemu dengan anak-anak muda bermotor..jadi,elok juga kalau dibina litar motor cross di sini..ada tempat untuk anak muda kita mengisi masa luang dengan aktiviti yang berfaedah.



Skytrex Adventure - tarikan pelawat yang seterusnya untuk ke Taman Pertanian ini. Di sini disediakan aktiviti 'eko-rekreasi sambil belajar'. Saya sempat melihat mereka melalui tali rintangan yang digantung di atas pokok setinggi 3 hingga 22 meter di udara.



Saya berada di dalam rumah iklim. Di sinilah tempat di mana kreativiti dan inovasi telah mengubah persekitaran di dalam rumah ini berubah mengikut 4 musim - Musim bunga, Panas, Luruh dan Salji. Sekarang ni musim luruh..akan datang, musim salji bermula November..


Siapa sangka, dalam hutan belantara ni terdapat kolam renang yang cantik dan sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga. Gambar di bawah menunjukkan kemudahan amphiteater pusat yang disediakan bagi orang ramai membuat aktiviti dengan kadar sewa yang rendah. Berhampiran itu juga terdapat rumah-rumah penginapan dan juga tapak perkhemahan yang boleh menempatkan 400 orang peserta. Menarik..?

Satu yang saya rasa perlu diwar-warkan di sini adalah kewujudan sebuah Kampun Idaman dan Kampung Budaya. Kampung Idaman mempunyai rumah-rumah kayu yang dibina mengikut seni bina setiap negeri di Malaysia. Apa yang menarik, rumah-rumah ini disewakan kepada pengunjung pada kadar serendah RM80 sehari. Gambar di bawah ini pula adalah Kampung Budaya yang mana menempatkan sebuah dewan yang agak luas, dilengkapi dengan kafeteria dan rumah penginapan. Sesuai digunakan untuk tujuan seminar, mesyuarat dan juga majlis perkahwinan dengan kadar sewa serendah RM 500 sehari.

Pandangan hadapan Kampung Budaya.

Susur dari dewan utama ke dewan makan ditepi tasik..


Dewan makan yang sangat menenangkan..


Jika saya sendiri tidak ke sini semalam,saya tidak dapat menggambarkan bahawa Taman Pertanian Malaysia adalah sebuah tempat menarik untuk dilawati oleh seisi keluarga diwaktu hujung minggu mahupun hari-hari biasa. Banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk saya lawati seperti Taman Padi,Taman Buah-Buahan Tropika,Taman Kaktus dan Taman Haiwan. Berada di kawasan ini membuatkan saya terlupa seketika bahawa sebenarnya saya masih berada di Bandaraya Shah Alam.

Selepas ini, jangan lupa untuk tambah satu destinasi baru dalam jadual destinasi hujung minggu anda. Bawa keluarga dan rakan berhujung minggu di sini. Suka saya bertanya dan mendapatkan respon dari kawan-kawan di luar sana tentang gambar-gambar dan aktiviti yang telah saya kongsi di atas..saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen anda semua.

21.10.09

4 Majlis Deeparaya Kg Bistari Jaya

Bookmark and Share
Bersama pemimpin masyarakat India..

Mendengar masalah penduduk india di Kg.Bistari Jaya

Jemput duduk..jangan malu..
Antara orang ramai yang hadir..

Hari ni..pakcik,makcik semua jemput duduk dan nikmati hidangan di meja VIP.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan syabas kepada NGO Kg. Bistari Jaya, Tanjong Karang yang menjadi urusetia menganjurkan majlis ini dengan jaya. Banyak respon dan maklumat yang perlu diberi perhatian dan tindakan, saya perolehi sewaktu berinteraksi dengan orang ramai yang hadir. Semoga lebih banyak lagi program seperti ini di atur untuk pemimpin turun padang seterusnya mendekatkan jurang pemimpin dan rakyat ke arah 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

14.10.09

2 Bersama saya Di TV1 malam ini..Jomm..!

Bookmark and Share

Salam 1 Malaysia...!!

Sila tonton Program Dialog Bersama Menteri, bersama saya, secara langsung di TV1, jam 10 mlm ini, 14Okt bagi berkongsi maklumat mengenai pelbagai Isu Pertanian & Isu Semasa. Selamat Menonton!

6.10.09

0 Charles Santiago Tidak Layak Jadi Ahli Parlimen!

Bookmark and Share
Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dalam blognya dan juga akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa saya tidak faham amalan parlimen dan prosedur Dewan Undangan Negeri walaupun dah empat penggal menjadi ahli parlimen apabila saya mencadangkan SELCAT harus menjalankan siasatan secara tertutup.

Saya simpati dengan Charles kerana beliau seolah-olah seperti burung kakak tua yang sebenarnya tidak faham apa yang diperkatakan. Beliau baru jadi ahli parlimen dah nak tunjuk pandai tapi tidak faham apa beza SELCAT dan PAC. Saya nak tegaskan di sini bahawa tujuan penubuhan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) dan SELCAT (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) ini adalah sama. PAC ditubuhkan oleh Dewan Rakyat dan ahli-ahlinya terdiri dari wakil tiap-tiap parti seperti PAS,PKR,DAP,UMNO. PAC akan menyiasat sesebuah kes secara tertutup. Apabila laporan Jawatankuasa PAC ini siap,ia akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat dan semua ahli Dewan termasuklah si Charles Santiago yang menjadi Ahli Parlimen Klang ini juga boleh mengambil bahagian untuk membahaskan isu yang berkaitan dan terpulanglah kepada Dewan untuk membuat keputusan.

SELCAT ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri untuk menyiasat dan mendapatkan maklumat tentang bagaimana wang yang diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (khususnya ADUN BN) dibelanjakan. Nah, tujuannya lebih kurang sama dengan PAC.

Isunya - Saya mencadangkan proses siasatan SELCAT dilaksanakan seperti PAC iaitu secara tertutup kerana PAC ditubuhkan untuk cari kebenaran bukan untuk tujuan politik tapi SELCAT ditubuhkan dan diperdengar kepada awam yang mana kita tidak tahu sesuatu 'statement' itu ada kebenarannya atau tidak. Kalau bukan untuk tujuan politik sepatutnya SELCAT juga dibincang dan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri untuk diputuskan oleh ahli Dewan.

Sebaliknya SELCAT ditubuhkan memang atas tujuan politik kerana :
Pertama - Kerajaan Pakatan Rakyat telah meminda peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri dengan memasukkan artikel-artikel baru yang mana membolehkan SELCAT dilaksanakan secara terbuka.
Kedua - bagi memastikan tujuan ini tercapai mereka memperkenalkan enakmen baru iaitu Enakmen Menghina Dewan yang bertujuan nak tunjuk kuasa yakni sesiapa yang tidak hadir ke sesi pendengaran SELCAT ini, Dewan Undangan Negeri di bawah enakmen tersebut boleh mengeluarkan waran yang mana individu berkaitan boleh didakwa dan dipenjarakan.

Jelas, Kerajaan Pakatan Rakyat tersepit sehingga terpaksa meminda undang-undang Negeri untuk menunjuk kuasa.
Charles Santiago mencanang kepada orang ramai bahawa SELCAT lebih baik dari PAC. Kalau beliau tidak berpuas hati dengan PAC yang menyiasat beberapa isu termasuk PKFZ, kenapa tidak bertanya sahaja kepada wakil DAP yang menjadi ahli jawatankuasa PAC...??? Tidak timbul isu konspirasi menipu rakyat sebagaimana yang didakwa. Dakwaan Charles yang mempertikaikan PAC itu menunjukkan bahawa beliau memandang rendah kepada parlimen dan tidak percaya kepada wakil DAP mahupun PKR yang berada dalam jawatankuasa tersebut...!!!

Inilah pembangkang, perkara masih lagi dalam siasatan tapi mereka mula nak jadi hero. Untuk makluman semua, laporan lengkap mengenai siasatan PKFZ akan dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan saya nak tengok apa respon Ahli Parlimen Klang ini sewaktu laporan ini dibentangkan nanti!

Saya juga nak cabar kerajaan Pakatan Rakyat dan nak tanya apa pendapat Charles terhadap tindakan Dato' Hassan Ali yang secara terang-terangan memberi komen dan pandangan tidak bersetuju dengan prosedur SELCAT yang dianggap menghina pegawai-pegawai kerajaan...??? Adakah beliau juga akan digantung selama setahun seperti Dato' Seri Khir Toyo dan rakan-rakan kerana memberi komen terhadap SELCAT ini...??? Jika tiada tindakan diambil terhadap Dato' Hassan Ali adakah itu yang dikatakan keadilan SELCAT....?????

1.10.09

1 Check Betul-betul..!!

Bookmark and Share
MB tidak dapat maklumat tepat - Samad

SELAYANG 1 Okt. - "Menteri Besar mendapat maklumat yang tidak tepat daripada orang bawahannya." Itu kata Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa ladang ternakan yang dilanda banjir sampah dekat Kampung Sungai Kertas di sini baru-baru ini dijalankan di atas tanah milik kerajaan dan akan dirampas.

Samad berkata, ladang berkenaan diusahakan di atas tanah sendiri oleh Mohd. Sharif Ghulam Nabi di atas lot 46225 seluas 0.67 hektar yang berstatus tanah pertanian.

Sambil menunjukkan geran tanah sebagai bukti, Samad berkata, ladang berkenaan juga mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan permit sementara daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

"Permit MPS akan tamat pada 31 Disember ini. Malah, Sharif membayar dua cukai pintu iaitu satu untuk kawasan bangsal manakala satu lagi untuk kandang," katanya sewaktu ditemui di ladang berkenaan hari ini.

"Orang-orang bawahan tidak memberi maklumat yang tepat. Mereka tidak menemui Sharif mahupun pihak persatuan.

"Elizabeth Wong (Exco Pelancongan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) datang pun hanya melihat dari jauh, beliau tidak berjumpa kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat," katanya.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri yang akan merampas tanah ladang berkenaan dan beberapa lot lain yang dijadikan tapak pelupusan sampah haram seperti diumumkan oleh Abdul Khalid semalam.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, salah sebuah ladang berkenaan diusahakan di atas tanah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebuah lagi di atas tanah kerajaan.

Beliau juga berkata, penternak di kedua-dua ladang berkenaan akan diarahkan keluar.
Elizabeth juga berkata, tindakan lain akan turut dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah di kawasan itu.

Ujarnya, Abdul Khalid sepatutnya melawat sendiri ke ladang berkenaan seperti yang dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar untuk mendapatkan maklumat tepat.

Sumber :UM