|         Langgan RSS

29.9.09

4 SUBSIDI BERAS UNTUK GOLONGAN MISKIN

Bookmark and Share

Setelah duduk berbincang dengan mengambil kira cadangan, pendapat, aduan dan rungutan rakyat pelbagai pihak termasuklah pengunjung-pengunjung di blog ini, baru-baru ini saya telah mengumumkan bahawa mulai 1 Disember ini, kerajaan akan memberikan subsidi beras secara terus kepada golongan berpendapatan rendah melalui sistem penggunaan kupon.

Kabinet secara dasarnya bersetuju dengan kaedah baru pemberian subsidi ini dan bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah dengan polisi baru, pihak kementerian akan menjalankan projek perintis sistem kupon pada November ini.

Saya telah meminta Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPP) di seluruh negara mengenal pasti golongan miskin dan miskin tegar di kawasan parlimen masing-masing untuk diberikan kupon supaya tidak ada yang tercicir. Buat masa sekarang kementerian telah menerima senarai ramai 109,000 keluarga miskin dan miskin tegar yang layak menerima subsidi ini. Mana-mana pihak yang patut dapat tetapi tertinggal namanya bolehlah mengadu kepada MPP atau kementerian selepas ini.

Saya melihat perlaksanaan sistem baru ini akan membantu kerajaan berjimat sebanyak RM50 juta sebulan. Ini kerana, sebelum ini kerajaan membayar purata RM60 juta setiap bulan bagi subsidi beras ST15 kepada pengilang tetapi tidak semua rakyat yang mendapat faedahnya dan masih merungut sukar mendapatkan beras ST 15 kerana ia dijual dipasaran terbuka dan semua orang boleh membelinya.

Kita tidak mahu kerajaan banyak belanja tapi rakyat tidak dapat faedah..jadi dengan pelaksanaan sistem baru ini, kerajaan cuma belanja RM10 juta dan subsidi akan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Sesungguhnya, rakyat sentiasa didahulukan!

28.9.09

0 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Bookmark and Share
Bersama kawan-kawan berbangsa India..

Bersama kawan-kawan berbangsa Cina..

Bersama tetamu kecil..

Bersama hadirin..

Bersama ini... saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Terima kasih kepada yang hadir sama memeriahkan majlis sambutan hari raya Parlimen Tanjong Karang pada hari Ahad baru-baru ini.

Saya merasa gembira apabila dapat berjabat tangan, bertentang mata dan bertanya khabar dengan lebih 12,000 orang yang hadir di Padang Astana, Tanjong Karang. Tua, muda, kecil, besar, lelaki, wanita, dewasa, kanak-kanak, melayu, cina , india.. tidak kira cacat atau sempurna..semuanya berkumpul di bawah 1 bumbung..bagi menikmati juadah yang disediakan dan sama-sama berkongsi kegembiraan suasana 1 hari di hari raya..inilah semangat 1 Malaysia!