Orang ramai yang hadir dan juga pegawai dari jabatan dan agensi di bawah MOA yang terlibat dalam penganjuran seminar ini.
Masih belum terlambat untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung-pengunjung blog beragama Islam yang tidak pernah berhenti dari melawat dan menyokong saya di blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita semua lebih dirahmati dan diberkati olehNya.
Beberapa hari sebelum puasa, saya dan wakil-wakil rakyat di Parlimen Tanjong Karang sempat berprogram bersama rakyat di kawasan kami. Seminar Usahawan Industri Asas Tani yang dianjurkan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Lebih kurang 1300 orang peserta yang hadir. Peserta seminar telah didedahkan dengan peluang-peluang keusahawanan Industri Asas Tani oleh Jabatan dan Agensi di bawah MOA. Selain dari itu, program tersebut di isi dengan slot percambahan idea melalui Wacana Pembangunan Minda Dan Pembangunan Modal Insan dan juga peserta diberi input mengenai Budaya Keusahawanan Cina ini kerana apabila bercakap mengenai keusahawanan, tidak dapat dinafikan...Budaya Keusahawanan Cina menjadi contoh dan rujukan yang terbaik. Saya juga sempat menyampaikan bantuan dan insentif yang diberikan oleh kementerian kepada golongan yang berkenaan.
Terdapat juga pameran oleh para usahawan tani kita yang telah berjaya dalam bidang ini. Mereka tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan golongan yang berminat untuk meneroka perniagaan dalam pelbagai bidang pertanian ini. Saya bangga dengan mereka. Semoga lebih ramai rakyat di luar sana dapat melibatkan diri dengan program-program seperti ini dan mendapat manfaat daripadanya di masa akan datang.
Dalam hati...saya gembira melihat semangat dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap bidang pertanian dan industri asas tani ini. Bukan di sini saja malah ke mana-mana program yang saya pergi..saya dapat lihat bahawa rakyat mula tertarik dengan..Pertanian Adalah Perniagaan. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus bekerja seterusnya berusaha meletakkan bidang Pertanian dan Industri Asas Tani ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi kebanggaan semua.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat...Selamat Berbuka Puasa.






