Menyampaikan sumbangan...
Majlis Perasmian Perayaan Dewa dan makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Qi Jian Xian Shi di Kampung Nelayan, Pasir Penambang, Kuala Selangor berlangsung dengan meriah sekali.
Pada hemat saya, kehadiran pada malam itu..mungkin menjangkau 2000 orang yang mana rata-rata dari mereka nelayan di kawasan Parlimen Tanjong Karang. Sudah lama saya menantikan program sebegini kerana ia memberi peluang untuk saya bersama dengan rakyat khususnya masyarakat Cina. Kesungguhan mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional sangat saya hargai.
Pada malam itu, saya telah mengumumkan sumbangan sebanyak 20 ribu untuk tujuan membaik pulih Dewan Masyarakat Cina di Kampung Nelayan Pasir Penambang ini. Saya juga turut meluluskan peruntukkan ahli parlimen bagi menaik taraf jalan masuk ke Kampung Nelayan Pasir Penambang ini. Terima kasih dan syabas kepada pihak penganjur. Salam 1 Malaysia!






7 Komen:
Salam dato noh,
Pada pandangan saya sokongan kepada Barisan Nasional masih utuh di rakyat Selangor cuma pada PRU yang lepas rakyat melepaskan geram kepada kepimpinan Selangor. AKibatnya agak malang kepada keputusan BN di Selangor. Sebagai bekas kakitangan agensi kerajaan negeri selangor, saya terlibat banyak hingga ke dasar program bagi memastikan kehendak rakyat dipenuhi dan bantuan untuk orang miskin diberikan. Hakikatnya ianya memberikan impak yang positif kepada BN kerana kita tidak memilih bulu ketika sesi siasatan.
Saya berharap kepada YAB Dato agar dapat terus mendekati rakyat tak kira bangsa ...sekali sekala YAB mungkin boleh singgah tanpa protokol di tengah hari di kedai kedai makan atau di kawasan kedai kedai berniga di area tertentu...
Semoga BN akan terus maju dan mendapat pemulihan di negeri Selangor...
Salam satu malaysia..bagus datok..jika diteruskan oleh yb diseluruh malaysia..insaallah bangasa lain tak akan melihat sebelah mata pada pemimpin melayu hari ini..
salam Dato',
Saya hargai kerja2 yang dato telah laksanakan. Serta terasa bangga jadi anak tg. karang.Namun kerja2 dato jgn hanya tertumpu pd tg. karang.
Sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan Umno negeri, kawasan/bahagian2 lain perlukan sesuatu untuk kembalikan keyakinan pengundi pd umno/bn.
Tolong gerakkan Jawatankuasa perhubungan negeri, terutama penerangan(Dato Shukur)utk program2 bn/umno.
HARAP PERHATIAN PADA SINI!!!
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/11/ds-najib-mesti-jumpa-kami-bloger.html
salam Dato'
Tahniah atas kunjungan yang dato buat di kampung pasir penambang nie..bagi saya, kunjungan dan program ini sebenarnya bukan sahaja mewakili dato sebagai seorang menteri atau ahli yh berhormat, tetapi ianya juga sebagi simbolik kunjungan orang melayu ke masyarakat cina yang membawa hubungan muhibbah kaum dan ini sebenarnya mengeratkan lagi perpaduan dan perasaan 1 malaysia.
dato'
setahu saya, program permata negara yg sekarang ini merupakan satu program pendidikan awal kanak-kanak yg disediakan oleh kerajaan kepada rakyat masih belum lagi dibuka di kawasan dato'
saya melihat, program ini amat baik dari segi modul dan kurikulum. ianya banyak membantu kanak-kanak yang membina sifat dan sikap yg positif dan kreatif.
sehubungan dengan itu, saya minta pandangan dato' dan kalu boleh bantuan dato' berkaitan perkara berikut;
a) Bolehkan dato' mengusulkan agar program ini dibuka di kawasan Parlimen dato' iaitu tanjong karang @ kuala selangor?
b) Jika program ini dibuka di parlimen dato' bolehkan program ini dilibatkan semua kaum, melayu, cina, india, jawa, banjar....sebab ini secara tidak langsung membantu integrasi kaum.
kawan-kawan saya menghantar anak-anak mereka ke program permata (di presint 16 putrajaya)dan kesan daripada program ini amat positif kepada tumbesaran anak-anak mereka. kadangkala saya rasa cemburu gak sebab kat kawasan saya (tanjong karang) tak ada program ini.
jadi, sebagai anak jati tanjong karang sejati yg selalu ingin melihat kemajuan ini, saya sekadar memberikan cadangan untuk pertimbangan dato'...seronok rasanya dapat menteri duduk kat kawasan saya..menteri yg berjiwa rakyat pulak tu..perggghhhh..
all the best dato'..
Salam satu Malaysia:
Beberapa hari yang lalu hamba berkesempatan duduk duduk untuk berbual dengan beberapa orang anak anak muda dari keturunan Cina dan India yang melalui sistem sekolah venikular.
Setelah diterangkan hasrat kerajaan melalui dasar dasar Sekolah Wawasan, Sekolah Intergrasi dan kini Satu Sekolah untuk Semua; mereka kagum. Mereka sebenarnya berasa hairan mengapa mereka telah diasingkan selama 6 tahun sebelum berkesempatan untuk masuk ke sistem sekolah Kebangsaan.
Anak anak yang masih ikhlas itu memperakui bahawa mereka telah secara tidak sedar terasuh dengan perasaan curuga, prejudis, cemburu dan benci selama 6 tahun disekolah rendah. Akhirnya mereka sedar bahawa adalah agak payah untuk berintegrasi secara jujur dan telus dengan kaum kaum lain.
Namun kini mereka sedar semua itu adalah tidak baik untuk sebuah negara yang cukup baik seperti Malaysia setelah dibandingkan dengan negara negara lain disekitar.
Paling menarik ialah mereka dengan linangan air mata dan suara yang sebak memperakui bahawa mereka adalah terdiri daripada satu generasi yang sudah bersedia untuk membina hidup sebagai satu bangsa (bangsa Malaysia)
Nah; inilah pengakuan ikhlas dari anak anak yang sudah berjaya dipulihkan kepada rasa harmonis yang selalu diganggu selama ini.
Sekarang apa lagi halangan untuk kita mengorak langkah langkah lompat kearah satu Malaysia.
Inshaallah.
Salam Dato,Saya amat kagum dengan semangat dan usaha yang dato lakukan untuk rakyat, jika semua pemimpin bn macam dato saya pasti pru akan datang kita akan menang besar,tahniah dato.Dato saya mohon jasa baik dato untuk bantu kami petani di ns ni mengenai insentif yang telah lama tiada pembayaran atas alasan tiada peruntukan kewangan kali terakhir saya terima adalah bulan ogos.Kami amat perlukan wang kerana sekarang musim hujan banyak tanaman kami rosak dan tidak memberikan hasil yg baik.Mohon ehsan pihak dato.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T///
TAHNIAH DATO'
CONTOH SEMANGAT SATU MALAYSIA YANG BAGUS
SAYA AKAN SENTIASA MENYOKONG Y.B DATO///
KALAU SUDI LAWAT LAH BLOG SAYA
http://adijagatputra.blogspot.com/
Post a Comment