Tidak sia-sia saya menghabiskan masa di hari minggu semalam,hampir enam jam,dari jam 12.30tgh hingga 6.30ptg, melawat ke Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Banyak yang diperolehi dalam lawatan ini.Taman ini adalah ilham daripada Tan Sri Sanusi Junid dan dibangunkan secara bergotong-royong oleh kakitangan Kementerian Pertanian dan agensi di bawahnya pada 1986. Syabas kepada kakitangan kementerian di taman ini tidak kira dahulu dan sekarang yang telah mengurus taman tanpa kenal penat dan jemu.
Mula dibuka kepada orang ramai pada September 1989 dengan bayaran RM2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Masih diingat, saya sering membawa pelajar-pelajar ke taman ini bagi tujuan lawatan sambil belajar sewaktu berkhidmat sebagai guru dulu. Tempat yang pernah menjadi tumpuan orang ramai suatu ketika dulu menjadi agak suram sekarang walaupun ada pertambahan pelawat dari tahun ke setahun..mencari di mana kekurangannya..lalu saya turun ke padang. Satu tujuan - memantapkan lagi objektif asal taman ini iaitu menjadi kompleks pertanian dan universiti terbuka kepada orang ramai mahupun petani mempelajari selok belok pertanian di samping mewujudkan kemudahan rekreasi agar menjadi suatu tarikan pelancongan utama Malaysia.
Melawat Empangan Sungai Kuning. Terdapat aktiviti fly fishing. Mereka memancing menggunakan umpan bulu ayam. Menarik. Saya baru diberitahu bahawa di sini terdapat sebuah terowong misteri sepanjang 323 meter menembusi bukit setinggi 60 meter yang mana sehingga kini tiada siapa yang tahu bagaimana terowong ini dibina..satu tarikan kepada pelancong tempatan dan juga luar negara..kenapa tidak di war-war kan..?
Di bawah sana tu ada beberapa buah sangkar kayu yang sudah usang..saya mencadangkan kepada pihak pengurusan taman agar dibaik pulih sangkar itu dan dijadikan mini zoo yang boleh menempatkan haiwan-haiwan jinak seperti kucing, arnab, burung dan sebagainya agar tempat itu tidak terbiar begitu sahaja..
Saya ke tapak paintball - Paintball Valley yang dibina atas tanah hutan simpan seluas 20 hektar dalam Taman Pertanian ini. Saya dimaklumkan ia adalah merupakan tapak paintball terbesar di Malaysia dengan mempunyai gelanggang yang berbeza antaranya Scorpion Nest, Lost World dan Opium Hill. Saya sempat bertemu dengan anak-anak muda bermotor..jadi,elok juga kalau dibina litar motor cross di sini..ada tempat untuk anak muda kita mengisi masa luang dengan aktiviti yang berfaedah.
Skytrex Adventure - tarikan pelawat yang seterusnya untuk ke Taman Pertanian ini. Di sini disediakan aktiviti 'eko-rekreasi sambil belajar'. Saya sempat melihat mereka melalui tali rintangan yang digantung di atas pokok setinggi 3 hingga 22 meter di udara.

Saya berada di dalam rumah iklim. Di sinilah tempat di mana kreativiti dan inovasi telah mengubah persekitaran di dalam rumah ini berubah mengikut 4 musim - Musim bunga, Panas, Luruh dan Salji. Sekarang ni musim luruh..akan datang, musim salji bermula November..
Siapa sangka, dalam hutan belantara ni terdapat kolam renang yang cantik dan sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga. Gambar di bawah menunjukkan kemudahan amphiteater pusat yang disediakan bagi orang ramai membuat aktiviti dengan kadar sewa yang rendah. Berhampiran itu juga terdapat rumah-rumah penginapan dan juga tapak perkhemahan yang boleh menempatkan 400 orang peserta. Menarik..?
Satu yang saya rasa perlu diwar-warkan di sini adalah kewujudan sebuah Kampun Idaman dan Kampung Budaya. Kampung Idaman mempunyai rumah-rumah kayu yang dibina mengikut seni bina setiap negeri di Malaysia. Apa yang menarik, rumah-rumah ini disewakan kepada pengunjung pada kadar serendah RM80 sehari. Gambar di bawah ini pula adalah Kampung Budaya yang mana menempatkan sebuah dewan yang agak luas, dilengkapi dengan kafeteria dan rumah penginapan. Sesuai digunakan untuk tujuan seminar, mesyuarat dan juga majlis perkahwinan dengan kadar sewa serendah RM 500 sehari.
Pandangan hadapan Kampung Budaya.
Susur dari dewan utama ke dewan makan ditepi tasik..
Dewan makan yang sangat menenangkan..
Jika saya sendiri tidak ke sini semalam,saya tidak dapat menggambarkan bahawa Taman Pertanian Malaysia adalah sebuah tempat menarik untuk dilawati oleh seisi keluarga diwaktu hujung minggu mahupun hari-hari biasa. Banyak lagi tempat yang tidak sempat untuk saya lawati seperti Taman Padi,Taman Buah-Buahan Tropika,Taman Kaktus dan Taman Haiwan. Berada di kawasan ini membuatkan saya terlupa seketika bahawa sebenarnya saya masih berada di Bandaraya Shah Alam.
Selepas ini, jangan lupa untuk tambah satu destinasi baru dalam jadual destinasi hujung minggu anda. Bawa keluarga dan rakan berhujung minggu di sini. Suka saya bertanya dan mendapatkan respon dari kawan-kawan di luar sana tentang gambar-gambar dan aktiviti yang telah saya kongsi di atas..saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen anda semua.






9 Komen:
Dato',marketing is very essential to inform about this place to rakyat. Not sure whether this agriculture area is a profit making business, but if it is not still rakyat has to utilise this place.
I wish we have one like TPBC, here in Kunak.
Asallammualaikum YB Dato',
Saya amat tertarik melihat blog Dato' hari ni yang berkisahkan Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam.
Tak disangka ditengah2 bandar perindustrian ini terdapatnya kawasan riadah yang juga penuh dengan ilmu2 pertanian dan alam semulajadi yang begitu indah.
Seawal tahun 90an tempat ini sering diwar2kan dimedia massa tetapi ianya agak kurang menonjol berbanding dengan cara penampilan yang Dato berikan didalam blog tentang kawasan ini yangmana telah memberi ransangan kepada saya untuk membawa keluarga dan anak2 untuk melawat taman yang begitu indah dan berinformasi tinggi. tidak perlu untuk mengeluarkan beratus2 ringgit untuk mencari tempat riadah yang luar dari kawasan Kualu Lumpur ini, di Taman Pertanian Malaysia ini dilengkapi semuanya contohnya suami saya memang suka memancing dan anak2 cukup suka beriadah seperti mandi dikolam, paintball, skytrex dll.
mungkin saya akan memberi cadangan kepada syarikat saya untuk mengadakan Hari Keluarga di sini.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah di atas usaha Dato' ini. Sesungguhnya saya tahu Dato' berjiwa rakyat dan mencintai alam sekitar.
Ikhlas, JUN (jun72saufi@yahoo.com)
Salamz...
InsyaAllah, 14 Nov nanti saya akan menjejakkan kaki kali pertama di taman ini bersama keluarga.
Semoga pengalaman kami di sana nanti seindah dan semenarik dengan apa yang Dato' kisahkan di sini.
Salam buat YB Dato' Noh,
Sebagai insan yang pernah bertugas di TPM barani saya katakan bahawa kehadiran kita di TPM adalah ibarat alah membeli menang mamakai kerana perbelanjaan dan masa yg kita korbankan untuk berada di TPM adalah amat berbaloi memandangkan kemudahan dan panorama yang tersedia juga tersirat amat memberansangkan. Persatuan keluarga saya (Persatuan Keluarga Uda Menun Pasir Salak) juga amat berpuas hati setelah berkampung 3 hari 2 malam di Kampung Idaman TPM pada Desember 2008.
Namun kewujudan TPM adalah indah rupa dari khabar, mungkin iklan tetap yg lebih jelas di lebuhraya berdekatan (terutama lebuhraya Bukit Jelutung) dapat membantu mempromosikan TPM dan chalet di dalamnya. Teringat saya pada chalet terbiar PKNS dan sahabat lama di PKNS. HayatPJS
terima kasih kepada semua yg sudi singgah memberi komen di blog saya.
Pristine Path - strongly agreed with you.
Kunakian - we hope so..
Jun & Pemuda gagasan - jangan lupa kongsikan pengalaman anda bila ke sana nanti di blog ini.
HayatsSound - terima kasih.kita pertimbangkan cadangan saudara.
salam dato,
Pada pandangan saya Taman Pertanian atau Taman Botani Negara ini perlu dibangunkan semula dengan lebih komersial. Seingat saya dato, dulu ketika zaman Dato ser sanusi ia telah memberikan impak yang besar. Why not kita develop taman ini kepada lebih yang menjurus kepada theme park kerana kita lihat ada fasiliti atau kemudahan tarikan kepada golongan kanak - kanak dan dewasa. Bagai penggemar memancing juga boleh diadakan pertandingan atau tempat hobi memancing. peminat paintball juga boleh bermain paintball. Cuma dari segi kepelbagaian haiwan ternakan, aktiviti seperti hari bumi, hari hijau sedunia atau sambutan hari kanak - kanak , walk a life boleh dibuat di sini.
Sesuatu perlu dibuat dari segi promosi, menaiktaraf sedikit kawasan dan memberikan impak yang unik seperti makan buah buahan dalam dusun. Ini kerana hanya taman ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kalau boleh dibuat tempat mandi manda macam sungai kelah mesti ramai orang hujung minggu.
APapun sebagai warga lembah klang dan bekas kakitangan agensi kerajaan negeri selangor, saya amat berbangga sekiranya YAB dato dapat membantu melalui kerjasama Kementerian Pertanian dan juga kementerian Pelancongan.
Wassalam
Salam Dato Seri,
Bagi pandangan saya Taman Pertanian Cahaya Alam sebenarnya telah lama di tinggalkan dari segi bentuk promosi. Dikala ini sebenarnya Taman Pertanian tersebut merupakan Taman yang penuh dengan ilmu dan lokasi pecutian yang terbaik didalam bandar. Saya rasakan bahawa ini merupakan satu sinar yang baru buat Taman ini. Semoga Dato Seri akan terus membantu Taman ini agar boleh diwarisi oleh genarasi akan datang.
Di Thailand telah wujud (SEFdeaC) Sekolah Perikanan sejak 20 tahun,ia telah berjaya lahirkan jutawan di kalangan Nelayan-nya dan menjadikan Thailand pakar di dalam bidang ini, Agaknya bila Malaysia mahu membina Sekolah Perikanan seterusnya menaiktaraf kehidupan Nelayan tempatan,melahirkan tenaga pakar tempatan dan mema...stikan Industri Perikanan mampu membawa kekayaaan kepada nelayan.
Post a Comment