|         Langgan RSS

21.10.09

4 Majlis Deeparaya Kg Bistari Jaya

Bookmark and Share
Bersama pemimpin masyarakat India..

Mendengar masalah penduduk india di Kg.Bistari Jaya

Jemput duduk..jangan malu..
Antara orang ramai yang hadir..

Hari ni..pakcik,makcik semua jemput duduk dan nikmati hidangan di meja VIP.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih dan syabas kepada NGO Kg. Bistari Jaya, Tanjong Karang yang menjadi urusetia menganjurkan majlis ini dengan jaya. Banyak respon dan maklumat yang perlu diberi perhatian dan tindakan, saya perolehi sewaktu berinteraksi dengan orang ramai yang hadir. Semoga lebih banyak lagi program seperti ini di atur untuk pemimpin turun padang seterusnya mendekatkan jurang pemimpin dan rakyat ke arah 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

4 Komen:

hanizam said...

salam kepada datuk seri & family, moga sentisa dirahmati oleh Allah supaya mmepermudahkan segala urusan dato" sebagai wakil rakyat di kawasan saya....

dato', semalam saya pulang ke kg. saya (kg.berjuntai bestari), memang rutin saya dalam 2 minggu sekali @ paling sibuk pun, sebulan sekali akan pulang menjenguk ibu & ayah saya disamping merapatkan hubungan antara datuk, opah bersama cucu-cucunya....

saya tertarik dengan cerita mak saya mengenai lawatan dato' ke bestari jaya baru-baru ni...antara yang diceritakan, tentang pengagihan subsidi beras oleh kerajaan kepada golongan miskin tegar di seluruh malaysia, tapi akan hanya akan fokus kepada penduduk kg.berjuntai bestari sahaja...

saya dimaklumkan, ada 2 kaedah @ harga yang bakal disediakan kepada golongan ini, iaitu subsidi kopun rm30 & rm10 (setiap penerima akan terima 3 keping kopun) yang bakal diberikan mengikut kelayakan masing-masing...

selepas itu, saya dimaklumkan, pengerusi JKKP diamanahkan untuk membanci golongan yang layak untuk subsidi ini...dengar khabar, bila dibancikan kepada penduduk kampung, hanya kopun rm 10 sahaja yang diceritakan, tapi kopun rm 30, tidak dijelaskan...walhal, ada penduduk kampung yang mendengar penerangan dari dato seri, mengenai kelayakan yang akan dinilai, tidak sama...dengan kata lain, ada penduduk beranggapan kerajaan BN menipu tentang hal ini...

semasa pemerintahan BN dulu, memang ada dikalangan JKK kampung saya yang pilih bulu...tu belum lagi yang rembat masuk poket sendiri...ini semua bukan saya yang reka...

pandangan saya, kalau ada rancangan untuk memberikan bantuan kepada penduduk kampung, saya mencadangakan supaya dato seri menghantar orang luar untuk buat bancian...dengan itu tiada unsur pilih bulu, dan pilih kroni, apetah lagi pilih sape yang sokong BN @ sebaliknya...

cubalah dato menghantar perisik untuk selidik ape yang sebenarnya berlaku dalam bancian tersebut dengan orang kampung...tanyalah secara rawak..

mak saya sendiri bertanya kepada JKKP sendiri, bagaimana dengan status keluarga kami sebab bapa saya sudah hampir 60 tahun, kerja partime je kalau ada guard minta ganti di UNISEL...jawapan yang diberikan "aku tengoklah dulu nak buat macam maner" ...hampa mak saya dengan penjelasannya..sekadar ingin tahu, ape salahnya...tu belum lagi dengan orang lain...

maaf datuk, bila jawapan yang diberikan sebegitu rupa, mak ayah saya kata, kalau mengundi nanti, takyahlah pilih BN...sebab kalau pilih, JKK kampung seleweng, amal kroni...
sebab tu bila BN jatuh, saya bersyukur sangat sebab barulah YB BN bangkit dari tidur...maner yang kalah tu, sebab kerja tak buat...JKK kampung ada yang seleweng....

saya amat-amat berharap, kalau ada perancangan @ bantuan untuk penduduk KG. saya, harap dihantar orang luar untuk buat kerja ni...sedih saya tengok gambar poster JKKP buat ucapan...langsung takda aura...

pada saya, kalau JKKP buat kerja, rakyat takda menyalahkan BN...rakyat akan buat penilaian BN telus & kerj untuk rakyat....memang dato seri amanahkan orang bawah buat kerja, tapi pantaulah skit kerja yang dorang buat...saya sendiri sanggup untuk kerja untuk dato' seri,kalau ada perancangan untuk kg. saya...

bagi saya, kalau dah duduk luar, sesekali balik kampung, terasa seronok bercampur dengan penduduk yang berlainan fahaman politik...atas pagar, senang cerita....dua-dua boleh dengar...

sekali lagi saya ucapkan terima kasih sebab lawat kawasan..ni baru betul...jangan dah jadi YB @ menteri, tak nampak muka...syabas dato'seri....

saya sentiasa menunggu komen dato seri pulak mengenai hal ini...

wassalam...moga selangor dapat dirampas kembali pada PRU 13...

hanizam said...

saya nak tambah skit, mak ayah saya terharu dengan pendekatan dato' seri yang tak makan jamuan hari tu...sanggup round dari meja kemeja untuk jumpa pengundi dato'...dikhabarkan, dato kata jamuan ni untuk rakyat, kenape saya mesti makan, balik nanti boleh singgah kat tempat lain untuk makan...syabas dato'seri..

PaK TaM said...

Salam YB.. harap sangat YB pantau semua JKKP kita ni.. bukan tak percaya, tapi sekadar memastikan hasrat murni kerajaan membantu org miskin sampai terus kepada yg berhak. Akhirnya bukan JKKP yg kena jawap, kerajaan jugak yg dipersalahkan..dan sampai masa mengundi, bukan JKKP yg depa undi, tp kerajaan yg memerintah.

PaK TaM said...

Salam YP, jadikan Pertanian itu sumber Perlancungan menjana pendapatan penduduk dan negara..

Post a Comment