MB tidak dapat maklumat tepat - Samad
SELAYANG 1 Okt. - "Menteri Besar mendapat maklumat yang tidak tepat daripada orang bawahannya." Itu kata Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa ladang ternakan yang dilanda banjir sampah dekat Kampung Sungai Kertas di sini baru-baru ini dijalankan di atas tanah milik kerajaan dan akan dirampas.
Samad berkata, ladang berkenaan diusahakan di atas tanah sendiri oleh Mohd. Sharif Ghulam Nabi di atas lot 46225 seluas 0.67 hektar yang berstatus tanah pertanian.
Sambil menunjukkan geran tanah sebagai bukti, Samad berkata, ladang berkenaan juga mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan permit sementara daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
"Permit MPS akan tamat pada 31 Disember ini. Malah, Sharif membayar dua cukai pintu iaitu satu untuk kawasan bangsal manakala satu lagi untuk kandang," katanya sewaktu ditemui di ladang berkenaan hari ini.
"Orang-orang bawahan tidak memberi maklumat yang tepat. Mereka tidak menemui Sharif mahupun pihak persatuan.
"Elizabeth Wong (Exco Pelancongan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar) datang pun hanya melihat dari jauh, beliau tidak berjumpa kami untuk bertanya dan mendapatkan maklumat," katanya.
Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri yang akan merampas tanah ladang berkenaan dan beberapa lot lain yang dijadikan tapak pelupusan sampah haram seperti diumumkan oleh Abdul Khalid semalam.
Abdul Khalid dilaporkan berkata, salah sebuah ladang berkenaan diusahakan di atas tanah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebuah lagi di atas tanah kerajaan.
Beliau juga berkata, penternak di kedua-dua ladang berkenaan akan diarahkan keluar.
Elizabeth juga berkata, tindakan lain akan turut dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah di kawasan itu.
Ujarnya, Abdul Khalid sepatutnya melawat sendiri ke ladang berkenaan seperti yang dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar untuk mendapatkan maklumat tepat.
Sumber :UM






1 Komen:
Salam...Beniaga perlu de ketabahan & keberanian dalam menghadapi kerugian & kegagalan.Jika anda hanya fikir apa yg boleh kerajaan beri bantuan, tak payah lah berniaga. Baik jadi oleh yang hanya suka meminta dari berusaha utk menghadapi kerugian. sebelum ni untung dah bertahun-tahun tak pulak di ceritakan berapa banyak, tapi bila Allah swt ingin menguji keimanan seseorang tu dgn bencana @ dugaan, dia sudah menuding jari kepada Nya.Pelbagai persoalan pula dimainkan. Fikir-fikirkan lah..
Post a Comment