Setelah duduk berbincang dengan mengambil kira cadangan, pendapat, aduan dan rungutan rakyat pelbagai pihak termasuklah pengunjung-pengunjung di blog ini, baru-baru ini saya telah mengumumkan bahawa mulai 1 Disember ini, kerajaan akan memberikan subsidi beras secara terus kepada golongan berpendapatan rendah melalui sistem penggunaan kupon.
Kabinet secara dasarnya bersetuju dengan kaedah baru pemberian subsidi ini dan bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah dengan polisi baru, pihak kementerian akan menjalankan projek perintis sistem kupon pada November ini.
Saya telah meminta Ahli Jawatankuasa Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPP) di seluruh negara mengenal pasti golongan miskin dan miskin tegar di kawasan parlimen masing-masing untuk diberikan kupon supaya tidak ada yang tercicir. Buat masa sekarang kementerian telah menerima senarai ramai 109,000 keluarga miskin dan miskin tegar yang layak menerima subsidi ini. Mana-mana pihak yang patut dapat tetapi tertinggal namanya bolehlah mengadu kepada MPP atau kementerian selepas ini.
Saya melihat perlaksanaan sistem baru ini akan membantu kerajaan berjimat sebanyak RM50 juta sebulan. Ini kerana, sebelum ini kerajaan membayar purata RM60 juta setiap bulan bagi subsidi beras ST15 kepada pengilang tetapi tidak semua rakyat yang mendapat faedahnya dan masih merungut sukar mendapatkan beras ST 15 kerana ia dijual dipasaran terbuka dan semua orang boleh membelinya.
Kita tidak mahu kerajaan banyak belanja tapi rakyat tidak dapat faedah..jadi dengan pelaksanaan sistem baru ini, kerajaan cuma belanja RM10 juta dan subsidi akan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Sesungguhnya, rakyat sentiasa didahulukan!






4 Komen:
Tahniah YB Dato'. semoga dgn kaedah ini, rakyat miskin akan benar2 terbela serta dpt menikmati dasar murah hati kerajaan BN. semoga niat baik YB Dato' ini memberi sinar baru kpd golongan sasaran. diharapkan dgn kepimpinan YB Dato' bakal memberikan lebih byk fokus utk berjayakan 1MALAYSIA dari yg miskin hingga sesiapa saja. TAHNIAH
TANIAH DATO KERANA MAMPU MENERUSKAN MATLAMAT SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....
Semoga niat baik yang dicurahkan oleh MOA dapat di nikmati oleh setiap petani, penternak dan nelayan..wasssalam
Tahniah YB Dato' semuga, matlamat kerjaan untuk membantu masyarakat yg betul2 memerlukan akan sampai ke golongan sasar...'Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan'menjadi tonggak impian murni pihak kerajaan kita..1MALAYSIA.
Post a Comment