Orang ramai yang hadir dan juga pegawai dari jabatan dan agensi di bawah MOA yang terlibat dalam penganjuran seminar ini.
Masih belum terlambat untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung-pengunjung blog beragama Islam yang tidak pernah berhenti dari melawat dan menyokong saya di blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan kita semua lebih dirahmati dan diberkati olehNya.
Beberapa hari sebelum puasa, saya dan wakil-wakil rakyat di Parlimen Tanjong Karang sempat berprogram bersama rakyat di kawasan kami. Seminar Usahawan Industri Asas Tani yang dianjurkan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Lebih kurang 1300 orang peserta yang hadir. Peserta seminar telah didedahkan dengan peluang-peluang keusahawanan Industri Asas Tani oleh Jabatan dan Agensi di bawah MOA. Selain dari itu, program tersebut di isi dengan slot percambahan idea melalui Wacana Pembangunan Minda Dan Pembangunan Modal Insan dan juga peserta diberi input mengenai Budaya Keusahawanan Cina ini kerana apabila bercakap mengenai keusahawanan, tidak dapat dinafikan...Budaya Keusahawanan Cina menjadi contoh dan rujukan yang terbaik. Saya juga sempat menyampaikan bantuan dan insentif yang diberikan oleh kementerian kepada golongan yang berkenaan.
Terdapat juga pameran oleh para usahawan tani kita yang telah berjaya dalam bidang ini. Mereka tidak lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan golongan yang berminat untuk meneroka perniagaan dalam pelbagai bidang pertanian ini. Saya bangga dengan mereka. Semoga lebih ramai rakyat di luar sana dapat melibatkan diri dengan program-program seperti ini dan mendapat manfaat daripadanya di masa akan datang.
Dalam hati...saya gembira melihat semangat dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap bidang pertanian dan industri asas tani ini. Bukan di sini saja malah ke mana-mana program yang saya pergi..saya dapat lihat bahawa rakyat mula tertarik dengan..Pertanian Adalah Perniagaan. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus bekerja seterusnya berusaha meletakkan bidang Pertanian dan Industri Asas Tani ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan menjadi kebanggaan semua.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat...Selamat Berbuka Puasa.






4 Komen:
Salam. Mengkomercialkan pertanian juga merupakan peluang yang amat berpotensi terutama untuk merapatkan jurang perbezaan taraf ekonomi antara kaum yang kaya dan yang miskin. Demi menyahut seruan Dato', kami berpadu dengan CIMAAGRO bagi melebarkan langkah dalam perusahaan cendawan. Moga pinjaman yang kami pohon dari TEKUN cepat berhasil. "Ramadhan almubarrak kerana Allah". Wsalam. HayatPJS .
Kami anak-anak muda Kampung Pandan juga berminat untuk menceburi bidang pertanian.
Harap UMNO Bahagian Pandan dapatlah berbuat aktiviti dan mencontohi Bahagian Tanjung Karang yang aktif.
BERSATULAH WAHAI UMNO BAHAGIAN PANDAN....sudahlah retak...menanti belah
Lakukan perubahan yg dratik bagi menjamin kesinambungan ketuaan melayu.Saya merasakan berita di kaca tv banyak menceritakan BN diambang kejatuhan di mulai oleh PPP, MCA dan MIC....... walaupun saya bukan daripada salah satu parti komponen BN, ini telah cukup mengambarkan bahawa BN sedang melalui perang saraf yg lebih parah daripada tahun 1997&98. Jangan disebabkan ini, UMNO akan sama seperti yang lain. Kaum lain mengetawakan bangsa kita yang hanya tahu bercakap tapi kosong isinya... NATO(No Action Talk Only). Salam Melayu Merdeka
Salam Dato'Noh Omar
Kami melihat dari aspek yang berbeza. Anggaplah ini adalah satu perkongsian pendapat dari kami yang telah lama tinggal di bendang dan sentiasa bergelumang tentang nasib 'Pertanian Adalah Perniagaan'.
1. Kekurangan tenaga pakar - Kalau Dato tengok, siapa yang selalu turun ke program-program yang sebegini. Sudah tentunya cuma org tua-tua dan kanak-kanak sahaja. Dimana agaknya org muda yang profesional dan berpendidikan tinggi? Sejauh manakah kemajuan yang boleh dicapai sekiranya tiada pelapis dalam bidang ini? Kenapa kita tidak dapat tubuhkan satu organisasi yang dapat mencungkil bakat muda menceburi bidang ini.
2. Pendapatan dari hasil pertanian yang tidak menjaminkan masa hadapan menjadi pemusnah minat pemuda dalam bidang pertanian - hasil pertanian atau pulangan dari kegiatan pertanian umpama nelayan ke laut. Ada hari menjadi, kekadang tidak. Adakala hasil cukup lumayan di bawa pulang tetapi selalunya mereka pulang dengan hasil yang semakin sedikit dan berkurangan. Mengapa kita tidak dapat tubuhkan satu organisasi yang dapat mempertingkatkan hasil mereka dibawah pengawasan kerajaan. Sama seperti organisasi seperti FELDA, FELCRA dan MARDI. Persyarikatan perlu di dalam sesuatu kawasan. Nasib mereka perlu diperbaiki dan golongan muda perlu di beri peluang untuk menunjukan bakat.
Apa yang kami maksudkan di sini adalah, permudahakan birokrasi yang sedia ada. Ramai golongan muda berminat untuk pulang ke kampung. Berikan geran pertanian individual, pantau kemajuan mereka, adakan khidmat nasihat daripada pakar dan tawarkan gaji yang lumayan untuk setiap pencapaian dan pasti golongan muda akan kembali ke kampung halaman untuk memajukan kawasan terbiar. Aktifkan aktiviti-aktiviti pembangunan seperti Pertandingan Buah Terbesar, hasil yang paling cantik, dan pelbagai lagi.
Dato, Kami amat berminat dalam bidang ini, dan kami percaya sekiranya diberi peluang.. Kami pasti mendapat pencapaian di luar jangkaan, Kami mampu menawarkan pekerjaan kepada penduduk kampung, kami mampu menaik tarafkan kehidupan mereka di kampung maka semakin bersatulah penduduk kampung, kehidupan mereka terbela, pengurangan import hasil pertanian terlaksana.
Post a Comment