|         Langgan RSS

3.8.09

4 MELAYU DIPERKUDA..???

Bookmark and Share
Saya berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku dua hari lepas. Perhimpunan haram yang diadakan sebagai tanda protes dan menentang ISA telah menyaksikan orang Melayu diperguna dan diperkudakan pihak tertentu.

Hujah saya.. kalau benar orang Melayu nak berdemonstrasi untuk menghapuskan ISA, sepatutnya dah lama dilakukan iaitu sewaktu penahanan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Jemaah Islamiah, bukannya dua hari lepas! Tetapi waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya. Isu yang hangat sekarang ialah pertubuhan haram Hindraf... siapa Hindraf ni...?? Ada ke orang Melayu ditahan semasa isu Hindraf ini. Kenapa sekarang orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik mereka..??

Sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dulu..banyak saya belajar mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Saya sendiri pernah meminta pihak yang terlibat melihat dan mengkaji semula mana-mana peraturan dalam ISA yang boleh menyebabkan salah guna kuasa oleh pihak polis dan menteri. Apatah lagi baru-baru ini, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib juga menegaskan bahawa kerajaan akan meneliti perkara yang sama. Jadi, ini bukanlah satu perkara baru yang perlu diperjuangkan dengan cara seperti manusia tidak bertamadun! Pemimpin pembangkang bukan tak tahu semua tu..tapi saja tak mahu terima apa jua yang diterangkan oleh kerajaan Barisan Nasional pasal ISA kerana mereka mahu menjadi hero dimata rakyat. Katalah esok kalau kita pinda ISA, mereka akan mendabik dada mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan pindaan ISA dengan cara demonstrasi. Mereka akan anggap dan gelar orang yang terlibat dalam demonstrasi sebagai pejuang kepada keadilan. Menangguk di air yang keruh!

Sebelum ini, mereka cuba menutup isu kes rasuah pemimpin sendiri dengan mempolitikkan kematian Setiausaha Politik seorang Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock. Apabila kerajaan tubuh suruhanjaya dan inkues, mereka kehabisan modal dan cuba naikkan isu ISA semula dengan menganjurkan perhimpunan haram untuk memesongkan pemikiran rakyat. Selepas ini, saya yakin pihak pembangkang akan menggunakan isu penahanan lebih kurang 600 orang dalam perhimpunan haram tersebut bagi menutup kelemahan mereka sewaktu Pilihanraya Kecil ADUN Permatang Pasir, Penang kerana tarikh itu dah dekat dengan tarikh perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR.

Saya sedih..saya kesal.

4 Komen:

Zainal Mohd Jais said...

DEMONSTRASI JALANAN:
BUDAYA BARBARIAN YANG PERLU DISEKAT

Apa saja alasan yang diberikan oleh Anwar dan sahabat-sahabatnya, tindakan membawa penyokong ke jalanan, dan membakar semangat pengikut supaya berperangai seperti orang tidak bertamadun, berarak, memekik, memaki hamun, merosakkan harta benda awam, adalah satu perlakuan barbarian, terkeluar dari ciri norma Melayu, malah manusia yang waras dan berpendidikan.

Ia suatu cermin kepada tingkah laku manusia yang gelap hatinya, dan buntu akal fikirnya, tiada kredibiliti dan kreativiti untuk merungkai persoalan. Lalu kerana kedangkalannya itu, dia memilih jalan pemberontakan fizikal.

Bahawasanya berasa puas, bangga dan rasa berjaya setelah melakukan keganasan dan berperangai rebel dan barbaric; adalah salah satu ciri manusia psiko yang sedang cuba disebarluaskan. Dan ini sangat merbahaya bagi masa depan bangsa dan negara.

Lihat saja pengalaman di India, Pakistan, Filipina, Indonesia, atau Thailand. Mungkin ada kes di mana sama ada secara kebetulan atau benar, matlamat yang diperjuangkan tercapai dengan pendekatan barbarian itu. Namun kebanyakannya menemui kegagalan.

Pengikut yang dibakar semangatnya tidak sedar yang bagi pemimpin mereka, gagal atau jaya tujuan yang dilaungkan itu langsung tidak penting. Yang sangat dipentingkan ialah ia berjaya menyusahkan barisan yang ditentang, dan berjaya meyakinkan lebih ramai calon pengikut, bahawa ia berada di pihak yang benar dan di pihak yang kuat.

Yang sangat merbahaya ialah, bila segolongan rakyat, walaupun kecil, berjaya ditanam dengan pemikiran barbaric ini, seluruh negara kita akan terperangkap dalam krisis berpanjangan, yang bakal menghancurkan kita semua. Mereka akan menukar tingkahlaku sesat dan buruk itu sebagai naluri, sehingga satu ketika nanti, mereka sanggup turun MEMBERONTAK DI JALANAN HANYA KERANA HARGA BELACAN NAIK 10 SEN.

Kita akan menjadi seperti beberapa negara lain yang sentiasa bertukar pemimpim, bertukar pemerintah, tidak stabil, menakutkan pelabur dalam atau luar. Kita akan terus terperangkap dalam SENGKETA DAN PUSINGAN POLITIK PARIAH YANG BERPANJANGAN.

khairil said...

Itulah Beruk-Beruk Yang diLatih Oleh Pembangkang.

cp0t said...

sebagai rakyat Malaysia, saya sangat kecewa dengan peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku dalam negara ini.saya faham, susah untuk kita memuaskan hati orang lain tetapi tidak susah sebenarnya untuk menyenangkan hati orang.kenapa perlu memberontak andai diri berasa tidak puas hati?kita berpijak pada tanah yang sama, berpayung pada langit yang sama juga.pertengkaran dan perbalahan hanya mnengundang permasalahan, bukannya penyelesaian.walaupun manusia selalu lupa tetapi apabila terdapat pihak yang ingin mengemukakan sesuatu, ikutlah prosedur yang ditetapkan.janganlah ikut nafsu amarah kerana ia hanya mengundang parah.hormatlah orang lain terlebih dahulu, barulah diri kita akan dihormati.manusia diciptakan dengan akal, kenapa kita sia-siakan anugerah tersebut.gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

p/s: apabila saya menonton hati malaya 1957, hati saya tersentuh...susah payah pejuang-pejuang tanah air menuntut kemerdekaan untuk rakyat...tetapi kenapa rakyat sekarang ini bersikap seperti orang yang tiada akal...astagfirullah...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam:

Bila bapak borek...tentu anak rintik.


wassallam

Post a Comment