|         Langgan RSS

4.8.09

10 Kena Selar..??Saya Tak Gentar!!!

Bookmark and Share
Saya tertarik dengan stament Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dalam Harakah yang kononnya menyelar kenyataan saya melarang pegawai-pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani daripada menghadiri sebarang kursus, seminar ataupun mesyuarat yang diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kata beliau :
"Keputusan yang dibuat menteri ke atas pegawai agensi dan Kementerian Pertanian supaya tidak hadir ke program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu keputusan yang tidak bijak,tidak demokratik dan tidak munasabah. Kenyataan itu sebagai seorang yang tidak berpendidikan. Ia kenyataan seorang pemimpin yang tidak bersekolah, nampaknya beliau perlu masuk belajar di Tadika Kemas semula."

Kata saya :
"Ok! Saya sanggup untuk masuk belajar di Tadika Kemas semula tapi saya cabar Dato' Mahfuz pergi belajar sampai dapat ijazah di universiti dulu.. baru layak untuk berhujah dengan saya, Peguam lulusan Tadika."

10 Komen:

mohd fuad said...

BETUL...BETUL...BETUL...SAYA SETUJU!

PAKCIK said...

Dato berdua orang dihormati..tidaklah baik dipandangan rakyat jika bergaduh kerana perkara sekecil itu..

kepada dato mahfuz juga..gunakanlah perkataan yang terbaik dalam membahaskan sesuatu..'

ganas said...

jika komen atau teguran tidak boleh dipertimbangkan atau diterima antara PEMIMPIN kita org Melayu, bagaimana pula RAKYAT mampu sokong perjuangan mereka utk mengejar PERPADUAN????. RAKYAT mengharapkan agar para pemimpin2 dapat berhujah secara sihat dan professional bg generasi akan dtg.....Saya berpendapat/mencadang agar pegawai2 kerajaan mesti teliti dalam setiap arahan2 serta ulasan dr pemimpin2 bagi menjayakan 1 MALAYSIA.

CicitMatKilau said...

Dengan mereka ni kena tegas, cakap mana boleh lembut-lembut mereka ni lagi kuat kurang ajarnya, org tak bersekolah jadi menteri ok le tu. Setuju dgn tindakan YB melarang Pegawai Kementerian tidak menyertai apa pun aktiviti mereka menteri lain pun kena ikut contoh YB. Noh ni.

HayatsSound said...

Salam, perkataan mahfuz mengilhamkan kepada kita tindakan menghafal seperti burung kakak tua desakan dan arahan DAP tanpa membuat ulasan, kajian dan pertimbangan. Perhatikan rasionalnya pegawai kerajaan BN menyertai program anjuran kerajaan Pakatan Rakyat, adakah perlu BN menghantar wakil tanda bersekongkol dengan aktiviti PR. Tidakkah Exco PR mempunyai pegawai pertaniannya sendiri. Mana bukti(tugah kerajae) PR mampu menangani masalah rakyat? HayatPJS.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam:

Berani kita kerana benar.Gentar kita bersebab.

wassallam

Teratak Cahaya said...

Terima kasih YB kerana menjelaskan isu ISA dari perspektif seorang peguam pada 5 Ogos 2009 ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Pandan.

Harap Dato' dapat mengusulkan kepada MT agar diwujudkan Koperasi UMNO Berhad demi kebajikan ekonomi ahli-ahli UMNO seterusnya memperkasa ekonomi UMNO itu sendiri.

Salam 1 Malaysia

karl said...

sikit hari lagi tengok la... malaysia ni akan jadi macam Singapura... orang bukan melayu hidup senang, orang melayu plak cuma layak buka gerai tepi jalan... bahasa melayu semakin pupus, yang naik adalah bahasa cina dan bahasa inggeris...orang Islam pula, kubur pun kena beli sebab apa melayu singapura jadi lagu tu?? sebab depa ni dulu, tak percaya pada bangsa sendiri(mcm pakatan rakyat), mengagungkan bangsa lain sebagai pemimpin yang dipercayai boleh memimpin dan menjaga mereka.. lastly.. apa jadi? Melayu sana tak maju terra mana pun Yang maju adalah orang lain.. Melayu tetap terpinggir..

TheOneWhoEatUbiKayu said...

'saya cabar Dato' Mahfuz pergi belajar sampai dapat ijazah di universiti dulu.. baru layak untuk berhujah dengan saya, Peguam lulusan Tadika.'

menghampiri keangkuhan~

TheOneWhoEatUbiKayu said...

Your comment will be visible after approval. ?
(sigh)
i will see whether u accept it or not :D
i bookmark this page.

sy tak sengaja terbuka your blog.tak penah amik pusing pon blog2 org politik ni..
tapi u r funny..seriously..
my comment 'might' be visible after approval.. haha..

selamat berbuka ;)

Post a Comment