Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memperkatakan perihal yang berkaitan dengan soal-soal agama. Namun, sebagai pemimpin yang telah dimandat oleh rakyat..saya bertanggungjawab untuk memberi pandangan berkenaan dengan kes cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membina kuil di tapak tanah seluas 0.2 hektar di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, Shah Alam beberapa hari lepas.
Pada saya, ini tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana sebagai pemerintah sepatutnya mereka memikirkan masalah dan keluhan masyarakat terutama dalam kes-kes yang menyentuh soal sensitiviti agama.
Dalam kes ini, Kerajaan negeri dilihat tidak sensitif dengan sentimen rakyat terutama orang Islam dan jika sikap itu diteruskan kita percaya ia akan mencetuskan suasana tidak sihat di kalangan rakyat. Kerajaan negeri juga perlu faham, penduduk Melayu di kawasan itu tidak menghalang kaum lain untuk mengamalkan agama mereka tetapi biarlah kena pada tempatnya serta tidak mengguris perasaan umat Islam. Saya fikir orang bukan Islam pun akan membantah jika surau atau masjid dibina di kawasan majoriti mereka ataupun tidak ada orang Islam langsung.
Cadangan ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas memberi kesan buruk kepada perpaduan di Negeri Selangor. Kepada pembangkang, suka saya ingatkan...tak perlulah ghairah mengejar populariti politik di kalangan bukan Islam sehingga sanggup mengetepikan sensitiviti majoriti umat Islam..!!






6 Komen:
Saya berpendapat ini merupakan salah-satu provokasi untuk PAS membuat bantahan menjelang pilihanraya Permatang Pasir bagi membuktikan kununnya PAS prihatin terhadap umat Islam (kununnya PAS tidak seperti lembu ditindik hidung). Bantahan itu mungkin menarik perhatian media massa untuk disibar dengan meluas bagi memancing undi pengundi muslim di Permatang Pasir.
HayatPJS
Biasalah dato'..it's nothing personal..it's just business they say.. Harap-harap orang Melayu di Selangor mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Jangan silap pilih pemimpin..nanti buruk padahnya..tak dapat masuk syurga..hihihihihihihi :p Salam Ramadhan al-Mubarak ye Dato'.
kalau wat keje betul rakyat sayang kalau wat keje suka belit kerajaan melayang
salam ramadhan kepada dato'
merujuk kepada isu kuil di seksyen 23 ini.. setahu saya sebelum ini kuil berkenaan berada di seksyen 19, baru-baru ini sahaja kerajaan PR ingin memindahkan kuil berkenaan ke seksyen 23 atas alasan wujud bantahan dari penduduk di seksyen 19..
soalan saya, adakah sebelum ini (sebelum Mac 2008) tidak wujud bantahan dari penduduk di seksyen 19 berkenaan kuil di tempat mereka? jika ada, mungkin dato'boleh jelaskan apakah caranya dan bagaimanakah kerajaan terdahulu (BN) menangani bantahan itu.. mungkin pihak dato' boleh mengajar TS Khalid bagaimana caranya untuk menyelesaikan isu ini..
terima kasih dato'
selamat berpuasa kepada dato' dan keluarga..
SALAM,saya harap dato dpt mempertimbangkn pemberian elaun kepada Pelatih2 Sijil kemahiran M'sia dlm bidang pertanian yg dijalankn NATC..Institusi lain spt ILP,IKBN ada menyediakan elaun kpd pelatih mereka..Ini diharap dpt mengurangkn beban pelatih2 SKM Pertanian sejajar dgn hasrat gagasan satu malaysia yg mengutamakn rakyat..
Daripada Pelatih2 SKM Akuakultur,Pulau Sayak,Kedah...
hayatsound : taktik lama..
william : kuasa memilih ditangan rakyat.perlu diingat,kita hanya meminjam dunia hari ini dari anak-anak dan cucu cicit kita..masa depan mereka di dalam tangan kita.fikir-fikirkan lah..
Muhammad faiz : saya setuju.
Pak tam : terima kasih atas keprihatinan pak tam.Isu ini sudah dibawa ke mahkamah dan biarlah mahkamah yang menentukan.kita tunggu apa keputusannya nanti.
kadet bomba : terima kasih atas respon.saya ambil maklum cadangan saudara dan bincang dalam mesyuarat nanti.
Post a Comment